instagram

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

mAmy PoKo - Pampers terbaik utk nely

Salam all :)

hari ni macam nak share satu info pasal pampers bayi yang sesuai untuk anak2..

saya pasti ramai je ibu2 kat luar sana mencari2 pampers yg sesuai untuk anak..takut2 jugak ada kesan sampingan akibat tak sesuai dengan sesuatu jenama pampers tu..contoh akan naik ruam..merah2 pada bahagian punggung..dan gatal2 yg berterusan...

mase nely mula2 lahir dulu..saya pun tak tau nak pakaikan dier pampers apa..cuma main beli je mase tu..dan mula2 pakai saya beri mamy poko..

sejak lahir hari pertama mmg dah pakaikan mamy poko..bila je masuk 2-3 bulan saya macam sesaje gatal nak cube pampers brand lain..contoh2 brand yg selalu ada kat pasaran la..tapi bila je pakai yg lain..rupanya x sesuai..ada gatal2 merah2 bahgian punggung dan pampers sangat cepat bocor..tu yang paling saya tak tahan..haishhhhhh :(

bila bocor sah2 la kene tukar yg baru..pastu cadar kene tukar la sebab takut bau hancing tu mewangi satu bilik kan ;p

dan sebab tu sampai sekarang, saya setia dengan mamy poko..dari pagi sampai petang saya x tukar pun..dan lansung x bocor...malam bila mandi baru tukar yg baru..makna dlm sehari cuma pakai 2 keping sahaja :)

walopun harga agak mahal berbanding pampers lain..tapi kelebihan nya sangat ketara..x caya cube la pakai..sangat menahan kebocoran dan kering..

hari tu ada jenjalan kat Plaza Alam Sentral, tetiba ada nampak jualan murah untuk pampers..mamy poko pun ada..hanya RM29 untuk L size 38 keping...terus angkat la..berbaloi2 :)


Tuesday, July 5, 2011

Doa tak mau bagi laki kawen lain

salam all :)

Saja terbaca doa ni di satu blog click sini

Doa untuk mengelakkan suami kawen lain..uhukhuk (terbatok kecil);p

Jom sama2 baca :)

Tuesday, April 12, 2011

kebaikan minyak zaitun :)

olive oil
Salam semua :)

Kali ni saya nak share skit pasal kebaikan minyak zaitun..dah tau lama cuma tak highlight tuk diri sendiri..baru2 ni pegi beli barang kat Econsave Kota Kemuning saya beli minyak masak zaiton..bukan zaiton sameon yer..;p olive oil kalo dalam inggerisnye..:)

Sebotol harga RM17.90 untuk 500ml sahaja..:) brand yg saya beli ialah Naturel :)

Banyak kebaikan minyak zaitun nie..antaranya ialah :
1-boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. 

2-Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun akan memusnahkan sel yang menjadi punca  kanser.  

3-minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon.

4-Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.  

5-Kajian terbaru ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari serta mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. 

6-minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut.

Thursday, April 7, 2011

susu terbaik untuk anak anda..:)

salam semua :)

kali ni entry pasal keibuan sikit..sebab mak kan dah ibu..ada la sket ilmu pasal keibuan ni..hukhuk :)

susu terbaik untuk anak kita tak lain tak bukan memang susu ibu..semua khasiat terkandung dalam susu ibu..tapi tak semua ibu mampu nak menyusukan anak2 mereka dan saya bernasib baik sebab saya menyusukan anak saya walopun tak sampai sekarang tapi melebihi 7 bulan rasanya..

saya macam agak menyesal sebab masuk jek 7 bulan anak saya, saya mula ambil pil perancang dan disebabkan itu susu badan saya berkurang dengan mendadak dan terus kering..menyesal?? memang menyesal tak sudah..dan saya terus stop ambil pil tersebut..dan sekarang saya hanya merancang secara semulajadi..:)

susu formula ada bermacam jenis kat pasaran..pilih je yang mana sesuai untuk anak anda..anak saya masa sebelum setahun saya beri Mamex Gold dan seterusnya dengan Mamil Gold..

Tapi bila masuk setahun je, anak saya sudah mula menunjukkan simpton2 berak keras..menangis setiap kali nak berak..kesian sangat :( jadi saya tukar susu,masih sama..cuma saya banyakkan die minum air dan ambil pisang dan juga betik supaya mudah buang air..

mase tengok susu anmum buat iklan kat tv pasal gula berlebihan..terpanggil saya nak melihat kandungan gula dalam susu nely minum sekarang Isomil..baru tau susu ni berlebihan sehingga 7 sudu gula setiap botol..huh berbahaya..

rasa mahu tukar susu kepada yang kurang sikit kandungan gulanya..rasa macam nak cuba anmum essential tu..

bole periksa paras gula anak anda di sini http://www.semakgula.com.my/

Tuesday, April 5, 2011

material kitchen kabinet..

salam :)

ada beberapa kawan saya bertanya mana saya buat kitchen kabinet saya sebab maklumla harga nya murah kan ..kalo order kat galeri kabinet biasa mau harga nya berbelas ribu kot..

oleh kerana budget tak begitu besar..saya order direct dari kilang perabot...sebelah taman saya je..;p bole??
haahhah..:)

ok saya letak sekali lg alamat kedai ni kat sini..mana tau sapa2 mau order dari kilang ni..bole terus je..sumpah murah..dan cina ni sangatla bole bertoleransi kekdahnya..:)

alamatnya : Leong Seng Furnishing and Decor Sdn. Bhd (762236-U)
                  Lot 1927/5&6, Jalan Kampung Jawa, Batu 7, Bukit Kemuning, 40470 Shah
                  Alam Selangor.
                  Koh Leng Pheow 019 3656 945, 016 2381 699.

Material Kabinet saya ialah mieco melamin (kayu berlamina) warna putih.
Jenis pemegang ialah aluminium.

Friday, January 21, 2011

wireless network at my home..yay!!

salam :)
Hari ni macam mahu share skit cara mudah mahu ada wireless network kat rumah..heee :)
Kat rumah saya guna P1Wimax untuk surfing internet...macam semua tahu kita akan plug in wire dari modem p1wamax ke laptop or pc kita..justeru, untuk satu2 masa hanya satu laptop atau pc sahaja boleh digunakan..
Hasil tunjuk ajar 'sifu' saya ehem ehem..;p saya curi ambil (dengan kebenaran yer ;p) satu linksys AP dari opis..bawak balik rumah untuk buat satu wireless network, memandangkan ipad saya hanya akan berfungsi bilamana ada wireless sahaja jadi ipad sgt tak berfungsi dirumah :(
mau tak mau kene wat wireless jugak kat rumah kan..;p..
Bahan-bahannya :

1-p1wimax modem
2-linksys AP (apa2 brand pon bole..tak kesah,ikut budget;p)
3-cat5 kabel dan kedua2 ujung misti di 'klip'
4-punca elektrik ;p
5-kene ada jugak extension plug ;p hehe

Perlu ada p1wimax modem dan cat5 kabel..ujung cat5 pertama perlu di plug pada p1wimax dan ujung satu lagi perlu di plug pada linksys AP..(tgk gambar kat bawah untuk lebih paham yer ;p harap maklum)
Perlu ingatkan bahawa AP (nama penuhnya ialah Access Point) misti di setkan kepada 'original firmware' (maaf yer,bahasa melayu tak tau sebut apa ;p)

linksys AP
P1WiMAX modem
plug the cabel p1wimax into linksys
the network, my ipad and my 2 other laptop can use this network yay!!

Thursday, November 25, 2010

Amalan buat ibu-ibu yg mengandung..

salam...kali ni rasa macam nak sharing sikit2 info apakah makanan2 yg sesuai untuk ibu mengandung dan amalan baik yg bole dilakukan dan dipraktikkan..kebanyakan yg saya senaraikan ni ialah apa yg telah saya praktikkan mase mengandung dulu...

a) Bykkan makan sayuran dan buah-buahan- terutama yg byk vitamin c, kerana memudahkan penyerapan asid folik..

b) Makan nasi dan roti/bijirin - ni mkn ikut keperluan la, saya makan nasi la setiap hari semasa mengandung.

c) Protein cth ikan,ayam daging dan makanan laut - saya byk ambil ikan sewaktu mengandung sbb saya mempunyai alahan pada ayam dan daging.

d) Byk minum air putih- sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

e) Byk minum air jus buah-buahan- setiap hari saya pastikan saya ambil satu jus buahan seperti limau atau epal.

f) Minum air soya - tambahkan susu badan.

g) Makan kismis dan kurma - saya ambl nie setiap hari tp tak bykla, ambil dlm jumlah sederhana.

h) Minum air madu lebah asli - saya rajin juga minum nie, sbb madu adalah 7 makanan terbaik dunia dan ada zat tersendiri dlm air madu ni. Kalau saya sakit2 contoh batuk, selsema, sakit perut saya akan ambil air madu ni sbg ubat.

i) Banyakkan baca al-quran, surah2 maryam, yusuf dan luqmanul-hakim..ada byk surah2 yg bole dipraktikkan
Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
- Membaca surah Yassin hingga akhir
- Membaca surah Al-Taubah hingga akhir
- Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.
- Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.
- Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar dan taat.
- Membaca surah An-Nahl, ayat 78
- Membaca surah Al-A'raf, ayat 189
(sumber: http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=34723)

j) Minum air kelapa muda- haha ni petua org tua2 la, katanya kalo minum air ni mudah nak bersalin dan kulit anak akan lembut.

k) Buat byk senaman yg bersesuaian untuk ibu mengandung..contohnya senaman ketuk ketampi..selalu tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan..selalu la berjalan-jalan dan jgn asik duduk2 saja, senaman jalan2 ni sesuai untuk bg kita aktif sikit dan mudahkan proses bersalin.

l) minum air kacip patimah - ni petua org tua2..dan saya tak pula cuba, tak tau berkesan atau tak..tp bolela kan nak cuba kan..

m) Kurangkan atau jauhi kafein ketika diawal kehamilan. Ditakuti akan menyebabkan kepada keguguran. Bole diambil dgn kadar yg amat sedikit selepas trimester kedua kehamilan. Kafein juga mampu mengurangkan penyerapan asid folik.

n) Ambil supplimen dan vitamin..cth, asid folik, kalsium, vitamin C dan fish oil..
info- asid folik amat penting dlm tumbesaran otak, dan saraf bayi, apa yg ditakutkan ialah kekurangannya akan menyumbang kepada kecacatan bayi. Kepada ibu2 mengandung diluar sana, pastikan asid folik yg diambil cukup. Makanan yg tinggi asik folik adalah barli, daging lembu, ikan salmon, tuna, gandum, bijirin, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, buah kurma dan sayuran berdaun hijau. 

Fish oil (Omega 3 Fish Oil) adalah untuk pembentukkan otak bayi pada trimester ketiga kehamilan. Sepanjang kehamilan saya ambil obimin, asid folik dan Halagel Omega 3 Fish Oil.

o) Minum susu anmum Materna..byk khasiatnya minum susu nie..minum hari2 tau..jgn skip pon..;p

selamat mencuba :) 

Wednesday, November 24, 2010

Tips untuk banyakkan susu ibu..:)

Lebih byk kita kongsi info, lg byk jugak info yg akan kita dapat, jadi jgn kedekut ye kawan2..meh kita kongsi2 apa agaknya tips untuk byk susu badan bagi para ibu yg menyusukan bayi mereka..saya jugak tak terkecuali untuk menyusukan nely bermula dari dier baru lahir sampaila ke hari ini..saya masih susukan dia..alhamdulilah, walaupun tak secara eksklusif selepas enam bulan, tp masih menyusukan..:)

Saya menyusukan nely secara eksklusif selama enam bulan shaja (maksud eksklusif tu ialah langsung tak campur susu lombu atau apa jua jenis susu yg bukan dtg dari badan seorang ibu/wanita ), sbb bekerja kan kadang2 memang terkejar2, mana lg nak buat keje yg menimbun dan bila pulak nak memerah susu..tp pada kaum2 ibu seperti saya, misti paham, mahu atau tidak misti kene pegi pam jugak susu, kalo tak nt sakit tak pon susu akan melimpah keluar..rugi kan..sepanjang proses penyusuan secara eksklusif itu, saya byk amalkan petua2 untuk bykkan susu badan..dan mmg berkesan hokey!!...jadi cubalah..:)

a) banyakkan makan sayuran hijau dan pahit- contoh, sawi, bayam, kailan dan pucuk betik.
Ia mmg berkesan pada saya terutama sawi, sbb sawi senang jumpa dan saya mmg suka mkn sawi, kalo   nak mkn megi pon suka je letak sawi, jadi tak dak masalah mkn sawi walopun agak pahit kan itu sayur, air susu mmg byk giler..puas hati la ;p kalo masak sawi, saya lebih suka masak sayur air, campurla fishball or fishcake kasi sedap..

b) minum air longan- beli longan kering kat kedai herba cina.
Minum longan setiap hari, tak pernah tinggal. Rebus longan byk2 pastu letak dlm freezer. Saya buat manis2 sebab bila letak dlm freezer kan sejuk. Jadinya bila nak minum saya akan tambah dgn air panas supaya tak sejuk jadi air longan td tak tawar :) Air longan ni sedap tau..tak payah tunggu menyusu anak baru nak minum longan, bila2 pon bole minum...

c) Setiap kali sebelum pam susu saya kan urut dulu breast dari atas ketiak turun ke bawah menghala ke puting, Tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan air susu. Tuam dgn tuala panas pon salah satu kekdah tuk melancarkan pengeluaran air susu.

d) Minum byk jus buah-buahan- apa2 jus pon saya belasah jer, asalkan air buah..mcm longan jugakla, tp jus buah ni adalah buah yg fresh la, segar dan terus buat jus..contoh buah, jus oren ke, carrot ke, epal pon sedap jugak..:)

e) Air soya - saya byk minum air soya, sbb ada buat research kat tenet cakap air soya bykkan susu ibu, jadi saya belasah je, ada jugak membantu. Boleh dikatakan setiap hari minum soya..:) sampai muak dah..;p

f) Minum susu Anmum Lacta - byk minum susu sgt membantu penghasilan susu ibu..mase mengandung pon saya dah minum susu anmum materna..hari2 hokey..naik meloya sudah, kadang2 amek jugak yg perasa coklat sbb bosan perasa yg sama..;p

g) Bykkan minum air putih - kesimpulan dari semua air yg diminum.haha..minumla byk air..apa juga air, air putih adalah yg terbaik, jadi jgn lupakan air putih, pastikan 8 gelas sehari, sampai nak buncit perut minum air..;p seriussss mmg kene minum byk gilerrr air ye...

h) Pil penambah air susu - saya ada ke farmasi tanya ahli farmasi kat sana, ada tak pil yg bole bykkan air susu- pharmacist tu ckp ada, tp mahal giler (tak ingat nama itu pil) dier ckp 8 biji dlm harga RM200++..makan sebiji sahaja dlm mase seminggu..dier ckp mmg berkesan..pil tu tak dak di farmasi tu, kene order..sbb? tak byk permintaan..jadi pharmacist tu hanya suggestkan saya utk ambil pil tambah zat susu contoh obimin la..selain dari fish oil. Fish oil pil saya amek jenama Halagel (Omega-3 Fish Oil)

i) Bykkan selawat dan berpikiran positif - ini mmg betol..seriusss tak tipoo..ada satu hari tu, keje saya mmg byk giler, error byk dlm coding nak kene fix sampai pening pala hotak ni pikir, jadi mase nak pam susu tu mcm tensyen la kan, seriusss air susu tak nak kuar, mulanya sy pelik sbb selalunya saya akan dapat pam dlm 200-240ml, tp mase tu cuma dapat dlm 100ml, seriusss pelik...dan tetiba terpikir mungkinkah sbb tensyen..then mase tu saya terus pegi solat, restkan otak, tarik napas dlm2..sambung balik pam, dan susu keluar seperti yg dikehendaki haha ;p..menakjubkan kan..tak percaya?..tak percaya sudahhh ;p kesimpulannya...kene pikir positif dan jgn tertekan/stress ketika nak pam susu.

selamat mencuba..:)

Tuesday, November 23, 2010

Makanan untuk bayi bawah 1 tahun..

Entry kali nie rasa mcm mahu sharing and caring makanan bayi terutama yg dibawah satu tahun.. makanan yg saya share ni adalah yg diberi pada anak saya, nely..:) Umumnya pada saya, mana2 ibu bapa pun, bila mula nak beri makanan pepejal pada anak mereka pasti dimulakan dgn Nestum iaitu produk makanan bayi dari Nestle..sbb utama? kerana semua ibu2 dah tau khasiat yg ada dan kualiti makanan juga adalah pada tahap yg baik..jadi rasa tak ragu2 kot nak bg anak mkn nestum..:) saya jugak tak terkecuali..saya beri nely mkn nestum bermacam2 perisa la, saya akan tukar setiap bulan supaya dier tak bosan..yela kan kita pon kalo hari2 bg mkn bende sama tak ke muak..harusla bosan kan, so sy tukar2 jugak menu makan anak saya, 

Dan pabila nely dah masuk 6 bulan, saya dah mula bg mkn nasi bubur..nasi bubur nely jugak berubah-ubah setiap hari..jugak ada mcm2 perisa..hehe..misti ada kentang dan carrot dan kadang2 letak sawi jugak bunga kubis, lauk plak saya akan letak samada ayam, udang, ikan bilis atau sotong..entry akan datang jugak saya akan share cemana nak buat bubur nasi yg sedap supaya anak2 anda2 semua tak kan skip pon waktu mkn mereka, dan misti mkn sampai licin mangkuk...haha..betoll tak tipoo :)

sedap ini cerelac..rasa prune :)
Selain beri mkn makanan berat, saya jugak bg nely mkn biskut sebagai kudapan waktu pg atau petang la..:) saya suka bg biskut dari Heinz dan juga Baby Bites..cuba bg pada anak2 anda, sure depa suka punya..;p dan jgn lupa jugak, beri anak anda minum air putih byk2, supaya die lawas dan senang buang air besar..setakat nie nely tak dak masalah lg la dgn makanan yg saya beri, cuma kadang2 bila terkurang sikit minum air putih ada la sekali sekala susah buang air besar..bole kata setiap hari nely akan buang air besar, dan setiap kali jugak saya kan check najis dier samada elok atau lain mcm ke, takut2 jugak makanan yg diberi tak sesuai kan..setiap budak lain gayenye..

ni biskut yg selalu bg nely
baby bites nie lembut bila dlm mulut, baby tak kan tercekik..(setakat ni anak saya tak pernah lg tercekikla)


mushroom soup tu bolela beri kalo anak dah lebih 9 bulan..:)
semoga anak2 kita membesar dgn sehat dan kuat :) yay!!

Thursday, November 11, 2010

Keguguran rambut selepas bersalin..

Saya pasti ramai wanita kat luar sana mengalami masalah yg sama dgn saya iaitu masalah keguguran rambut yg teruk selepas bersalin...saya ada cuba 1-2 syampu tp semua tak menjadi. Tiba2 teringat dulu mase kecik2 saya pernah pakai minyak rambut dari Mustika Ratu sampai rambut saya jadi lebat dan hitam..puas hati la pakai, sebotol mase tu dlm lebih kurang RM9 ..skang mungkin dah naik kot harganya...:)

Jadinya, bila teringat jek Mustika Ratu, saya pon pegi cari Mydin..:) Jimat maa..;p tetiba nampak syampu ni..Syampu Bayam (cute gel nama ;p ihiksss) baca label kat belakang dier cakap mampu mengurangkan keguguran rambut...saya nie main cuba jek, so amek la ini syampu, dengan harapan yg besar..keguguran rambut akan berkurangan...

Pakai dlm seminggu jek, mmg rasa kurang giler...seriusss, rambut saya dah tak byk gugur, wahhh menakjubkan bukan..;p..pastu saya pakai jugak dgn perapi Dove for hair fall control la..:) hasil amat menakjubkan..rasa kat cni mcm nak sharing and caring gitula kekdahnya, kalo sesapa ada masalh rambut, dan nak cari jln penyelesaian yg murah dan cepat, bolela cuba ini syampu Mustika Ratu..:) Murah hokey!! hanya RM9 untuk syampu tu dan perapi Dove tu ak pastila harga dier, kurang dari RM10 rasanya..:) Mungkin syampu nie hanya berkesan untuk saya tp kalo tak berkesan tuk anda2 yg lain..saya tak pastila, tp tak salah mencuba sbb tak mahal pon, takkan rugi pon..;p

ini syampunya..syampu Bayam ;p
syampu bayam dan perapi Dove


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...