instagram

Showing posts with label boikot. Show all posts
Showing posts with label boikot. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Kenapa Yahudi amat berkuasa


Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan.

Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan. Artikel asal beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di Why Are Jews So Powerful?

Palestin, gaza dan boikot!

salam all :)

cerita perihal Gaza nampak gayanya tidak habis2..
dari dulu sampai sekarang cerita Palestin ranking pertama konflik berdarah di dunia lepas bosnia dulu2..
dulu mase kecik2 dalam darjah 3 macam tu, bapak saya peminat berita dunia tv1 pukul 10 malam..setiap malam dia akan tunggu..

kalo saya masih belum tidur maka saya akan turut serta mendengar berita tu walupun mmg tidak paham..
yela darjah 3 kot..paham ke cerita dunia..
tapi yg terngiang2 di telinga ialah bosnia herzegovina..mungkin ada cerita palestin tp x terkesan plak di minda mase tu..

anak2 kecil mati bergelimpangan ..itu cerita biasa..
org tua dan muda mudi diseksa kejam sehingga mati..itu juga cerita sehari-hari..
melihat darah terpercik merata-rata ..masih juga cerita biase2..
persidangan mencapai kata sepakat kononnya utk keamanan jugak selalu kita dengar..
tapi yg x penah didengar ialah terhentinya bunyi bedilan roket dan meriam tentera yahudi laknatullah..
semoga Allah s.w.t melindungi umat islam di Palestin sana..



sebagai rakyat yg hanya mampu membantah cerita duka berdarah Palestin
selain dari bantuan wang..bole jugak kita boikot mana2 yg patut..
x mampu pulak rasanya nak buat bantuan kemanusiaan kat sana :(
boikot mana yg mampoo..

Edushape - mainan nely beli kat Jusco sudah..brand pelik2 mmg mak tak beli..!!
Revlon/Loreal - alamak ai baru beli estee lauder..last!! xbeli dah pasni..setia dengan elizabeth arden je..
aramis/dona karan - pakai minyak atar je..murah..
johnson and johnson - alamak stok byk dlm lemari..pakai cary junior la pasni
underwear calvin klein/hugo boss - huh, pakai brand giant je ;p
maggie -  alamak baru makan semalam..tak pe pasni ganti dengan megi ruski..sedap u olss :)
nestle - minum milo je jenama nestle..pasni ganti dgn vico la plak ;p
timberland - hush puppies sudah..
kotex - mak pakai kotex la..ada brand lain yg lebih baik??
coach - mampu pakai longchamp je ;p
siemens - brand ape nih ?? :p
starbak kopi - mak minum kopi jantan dgn ali cafe..ko adoo minum??
coca cola - mak minum air masak je..jaga kesihatan konsepnyer :)
huggies - nely pakai mamy poko yoo!!
mark and spencer - mak pki DP x pun tshirt rm39 mango,murah2 sudah..lain2 x mampu :(

bye kawan2..
takecare!!
tengkiu blog mama niadel ats gambar itu..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...