instagram

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Monday, March 7, 2016

Kereta baru dan IDCC Shah Alam

assalamualaikum kawan2 blog kesayangan..
harap baik2 sehat hendaknya di tengari senin yg monday blues :)
tiba2 rasa rajin nak update blog so jomla update laju2..
ohh sebenarnya x de pun crita nak di-habaq-kan..
tp bole la nak simpan buat kenangan kat blog ni..

ok well, kejadian berlaku 2 minggu lepas..
cerita dah basi sikit..sikit jela hehe..:)
kitaorang satu family angkut kak ipar sekali ke Toyota shah alam ambik kreta baru..
kereta baru utk En.J pi keje ..i pi keje ada kereta dah , tak payah la nak baru jugak kan..haahha..
tak baik membazir, kereta lama tu saya sayang woohh jgn mengada nak jual2 die plak..
dah nak masuk 8 tahun pakai..
banyak kenangan :)
tak banyak ragam..;p 

lama jugak proses nak ambil kereta, sebab ada makan2 pagi tu..
sebab ada lion dance sempena tahun baru cina..
3-4 jam jugak kat sana menunggu proses..
sambil tunggu sambil makan kan ;p patut gemookk..

kalau tanya saya bab servis diorang..
memang bagusla abg salesman ni..
Abg Razip namanya..proses mula2 nak beli sampai la nak ambik kereta tip top..
layanan baik dan memuaskan..
tp biasela salesman kan, panjang nau crita diorang..sampai ke crita bab buah durian la punya gebang sembang nya hehe..


ok, dah habes crita ambik kereta..
:)
lepas tu kitaorang terus pi buat stereng lock plak..
kedai strereng lock yang kitaorg pegi tu ialah suggestion dari Abg Razip jugak..
nama nya Right Cool..
senang nak carik..
selang satu pintu je dari kedai ikan patin femes tu Temerloh Catering..

setel hal stereng lock, kitaorang pi satu tempat yang belom pernah terjah sebelum ni..
IDCC shah alam..
saya macam tak pasti grand opening building ni ada ke tidak,  macam tak dapat publisiti meluas sebab mcm tak ramai orang..
sabtu saya pegi berapa kerat je orang yang ada..nak masuk pun takut..
dahla building kemain besarrrrr...

satu lagi kedai2 kat dalam tu bole tahan mahal, set bilik tidur satu kedai tu saya tengok mmg cantik habes la..mmg patern yang saya berkenan, sekali kau harga RM19K..
hehe..senyum jek kat sales tu..sales tu pun kata dalam hati kot, ko x mampu dik nak beli wakakakkakakakkakakak ;p



tak de orang, mcm bole baring je..
tak kotor pun lantai..
berkilat sampai leh nampak taik gigi wei 



canvas creation ni ada page dia dalam fb tak silap saya..
jual kufi art..
juling mata tengok design semua cantik2..
juling mata jugak tengok harga..


saya sangat berkenan deko rumah yang berkisahkan hal di dinding..
baik lukisan, kufi art, or 3d wall deco ke..
hishhh berkenan betol..
cuma tulah..poket tu tak berapa nak berkenan..
hehe..

pada saya, rumah kita mesti kene cantik..
sebab kebahagiaan datang dari rumah..
"happiness begins at home"
gitu kata orang puteh..kann :)
cubalah bina sebaik mungkin rumah yang baik dan selesa yang bole buatkan kita tak sabar2 nak balik rumah lepas kerja..
bukan lepas kerja tak sabar2 nak lepak dengan kawan2 sedangkan suami, isteri anak2 sedang menunggu di rumah..
tak baik macam tu..

baiklahhh..
setakat ni saje entry merapu saya..
nanti saya buat review makan ikan patin kat Temerloh Katering tu yek..
hari tu lupa ambik gambar..lapaqq sangat wahahahha ;p

salam n takecare kawan2..!!

Tuesday, February 17, 2015

accident..

salam all :)

Tak sangka nak accident macam ni teruk..
sebab tak pernah accident pun kat jalan besar pastu dah la kene langgar belakang, saya pulak langgar orang depan ..
mestila teruk kan..:(
yelah..malang tidak berbau..redha saja lah
dan bersyukur sebab saya tak cedera apa apa..

berlaku mase saya nak pegi opis lebih kurang 9.20 pagi kat Federal Highway menghala ke KL..betul2 berhadapan dengan Leisure Commerce Square..
terus telipon En.J suruh handle sebab perempuan baik mcm saya mana lah tahu nak buat macam mana kan..:p (poyo)
pastu dah la hilang separuh nyawa mase kene langgar tu..

9.20 kene langgar, hampir kul 11 baru dapat beredar dari emergency lane tu..
dahla panas membahang time tu ;(
terpaksa guna khidmat towing truck sebab cina yang langgar tu nak claim insuran dan repot polis..

bonet kete saya tak bole buke pon..bumper terkeluar depan dan belakang
kereta cina nih, sampai bocor trus..naseb lah..

ada model plak dah..brader towing kete bawak bini kau..;p
kesan dari tu..ada sikit gayat nak drive kete..
tp apa pun yang berlaku semuanya ada hikmah..
mesti Allah s.w.t nak saya belajar sesuatu..
selain bersyukur ada kereta..senang nak kesana sini..

saya kene belajar bersabar hadapi dugaan..
bukan semua berlaku dalam kawalan kita..
alhamdulillah ada kawan yg bole saya tumpang sementara utk ke opis..

hidup tak semudah yang kita sangka..mudah untuk sesetengah perkara..
tapi sebilangan besar yg lain adalah susah..

syukur di atas rahmat Allah s.w.t yang tak pernah kurang utk saya sekeluarga..
tiada nikmat Allah s.w.t yang hendak saya dustakan..
sehingga datangnya dugaan..
utk ajar betapa dugaan itu mematangkan..
dugaan itu mengingatkan utk bersyukur..
dugaan itu menunjukkan Allah s.w.t maha berkuasa ke atas kita..

semoga hari kawan2 yang membaca ni baik2 saja sepertimana saya hari ini..
semoga kita terus mendapat lindungan-Nya dan diberkati..
:)

Thursday, July 4, 2013

polish kereta buruk kami

salam all :)
minggu lepas..
jalan2 habeskan duit yang x seberapa untuk baju raya yang biasa2 saja..
untuk anak paling penting..
dan kedua penting pula ialah ayah dan ibunya semestinya ;p
hehe..

lepas itu, singgah cuci keta yang berhabuk dan kotor macam baru lepas selam dalam selut ..
selalu pun memang cuci keta kat cni jugak..
kalo u all biasa mesti tau kan area usj tepi highway tu..
alaa cuci keta lalu dalam mesin bulu2 pusing2 tu ;p
tau khannn khannn ;p

dah tu..
dah alang2 basuh..
kilatkan sekali..
5 tahun usia kereta..
x pernah pun kilatkan dia..
kesian dia..
dah la itam..berkarat pula ;p

setelah dikilatkan..
maka memang dia betul2 berkilat..
seriusss...
ini memang betul2 berkilat..
terharu saya melihat perubahan dia..
terus sayang ketat-ketat..
hehe ;p

Thursday, February 14, 2013

the new sport rim..

salam all :)

dah lama rasanya x mekap2 kereta..
sbb yang pasti nak mekap2 keta ni kene ada duit lebeh..
ada duit lebih simpan2 bole buat beli mekap kan..:) gitewww..
hutang2 tak mo ye adik2..

tukaq sport rim keta yang sudah berusia 4 tahun..
kita kasi kaler gold plak..
lain macam skit baru feeling2 bawak lamboghini galardo kekdahnya..

harga murah2 sahaja..mampo milik..
x termasuk tayar..kalo sekali dengan tayar kene puasa sebulan :P
kedai beli sport rim ni sama dengan kedai yg kami tukar tayar dulu..
kat Jalan bukit kemuning..no kontek yillek (x ingat nak mintak :P)


u olss cuti raya cina pi mana eh..??
saya jalan2 legoland je..
nanti lepas ni saya review ye..
takecare!!

Monday, March 5, 2012

update profile for Honda car owner


salam all :)

minggu lepas hari jumaat dapat satu bungkusan kecil dari honda :)

hadiah konon2 update profile car owner dalam website diorang...kalo sesapa yg empunya kereta honda dan masih belom berbuat demikian..pila buat..nanti depa send hadiah menunjukkan terima kasih :)

x tau website depa?..ni kat cni saya bagi..http://www.honda.com.my/owner/profile/

apa yg diorang bagi ialah lampu suluh kecik beserta kompas kecik sekali :)..comel sungguh lampu suluh itew ;p

haa jgn lupa boh bateri sebelom guna..kalo x ..memang x menyala la sampai tahun depan malam raya yer ;p

orite..salam monday blues untuk semua :)

Wednesday, February 15, 2012

Honda CR-Z

salam all :)

lama sungguh saya bercuti blogging ;p haishhhh..

mulakan entry dengan booklet baru dari Honda..:) rasanya kreta terbaru untk tahun ni ialah Honda CR-Z..dan honda hybrids..

ada jugak crita2 lapuk lain yg nak ditulis..tapi sungguh malas :)..nantila saya tulis..:)

Thursday, November 24, 2011

PUD Honda

salam all :)

Dapat surat dari Honda ni dah lama giler dan pastu baru perasan rupanya produk update ni yang citer baru2 ni honda panggil kete civic, city dan Jazz tahun 2006-2008..alamak kete saya kene la cam ni..

pastu call honda tanya, depa kata keta kami tak payah..2008 tu hanya awal tahun..kitaorang punya ujung2 tahun :)..so cam selamat gitu..


Friday, October 21, 2011

new booklet from Honda


salam all :)

2 hari lepas received a new booklet from Honda :) yang lepas info pasal HondaJet tapi kali ni pasal Honda Racing Car plak ..

ada lagi info dan cerita pasal pengguna Honda civic yang berjaya dalam carier dan hidupnya tetapi umur hanya baru mencecah 30 tahun :)..

Thursday, September 15, 2011

kereta MY Vi baru..saya rasa cantikla :)


salam all :)

Kete my-Vi baru ni saya rasa mcam cantik la ..:) harga pun bole tahan..

On-the-Road (OTR) price in Peninsular Malaysia

Perodua Myvi 1.5 SE
- Manual – RM50,900 – RM 51,400
- Automatic – RM 53,900 – RM 54,400 (with standard audio headunit)
- Automatic – RM 56,000 – RM 56,500 (with multimedia & navigation system)

Perodua Myvi 1.5 Extreme
- Manual – RM 58,200 – RM 58,700
- Automatic – RM 61,200 – RM 61,700

untuk lebih info : http://www.fastmotoring.com,http://sukakereta.blogspot.com/

Tuesday, September 6, 2011

Honda tarik balik Civic, City, Jazz

HONDA Malaysia Sdn Bhd memanggil semula 40,456 unit kenderaannya yang dikeluarkan antara 2005 hingga 2008 bagi melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal.

Model yang terbabit dalam ‘Kempen Mengemas Kini Produk’ membabitkan pemeriksaan langkah pencegahan daripada isu teknikal yang tidak diingini itu ialah Civic keluaran 2006-2008, City (2006-2007) dan Jazz (2005-2007).

“Honda Malaysia ingin memohon maaf kepada semua pelanggan disebabkan perkara tidak diingini ini. Kempen ini bertujuan untuk melaksanakan beberapa langkah pencegahan ke atas kegagalan teknikal.

“Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian yang mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi pelanggan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Beliau berkata, bagi model Civic (16,537 unit), unit yang terjejas dilaporkan berkemungkinan mengalami kebocoran minyak dari hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang boleh menimbulkan isu keselamatan pada masa depan.

Model City (20,949 unit) dan Jazz (2,970 unit) pula mungkin berdepan kegagalan pada suis utama tingkap berkuasa yang dalam keadaan tertentu akan menyebabkan sedikit litar pintas mengakibatkan bau terbakar.
Pengeluar kereta Jepun itu perlu menukar bahan getah hos perantara stereng kuasa model Civic yang terbabit untuk untuk memperbaiki ketahanan haba manakala model City dan Jazz akan digantikan dengan suis tingkap berkuasa yang baru.

“Semua alat ganti dan caj buruh kerja berkenaan akan ditanggung oleh Honda Malaysia,” kata Yoichiro.

Pemilik model berkenaan dinasihati menghantar kenderaan masing-masing kepada peniaga yang dibenarkan secepat mungkin sebaik mendapat notis berkenaan.
Maklumat lanjut, pelanggan boleh menelefon nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati sebarang peniaga Honda yang dibenarkan.

**nampaknya kete ai bakal dipanggil..sudahpon menelepon Honda..diorang cakap tunggu surat sampai then bawak that surat untuk tindakan lanjut..jugak kene tunggu sparepart ..tak sampai lg

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HondatarikbalikCivic_City_Jazz/Article

Tuesday, July 26, 2011

tukar cermin kereta..

salam all :)

Memang pening pala sungguh kalo bab maintenance kete kan..banyak pakai duit..kete mahai tinggi la maintenance nya..:)

Keta kitaorg ..cermin depan tu dah retak mase balik Tanjung karang dulu..2 kali batu terbang kene cermin tah datang dari mana tah....satu dah berlubang dan satu retak melintang..pernah pegi repair sekali tuk mengelakkan retak jadi semakin panjang..

Pastu En.J dah pun amek insurans untuk cermin..then kitaorang bole tukar cermin free..yay!!kalo tanpa insuran pegi tukar kat kedai gitu je harga dalam RM800++ kot..

ahad lepas tukar cermin kete kat Dr. Cermin, Sri Muda seksyen 26 shah alam..letak tinted sket kasi gelap..:)

Tuesday, July 12, 2011

HondaJet

salam all :)

Saya dapat booklet dari Honda..macam selalu ada byk info kat dalam..contoh, latest kete Honda yg ada dalam pasaran Malaysia, ada jugak racing car..

Kali ni Honda ada Jet ..wohooo..macam manarik kan jet persendirian gitu..aaaaa kalo anda2 semua ada cukup budget, bole pi booked seketoi jet kat Honda..tadak hal punya ;p mak mmg tak mampoo dah ;p

Harga depa tak tulih la plak..:)cer google tengok baper la rege nya ;p

Gambaq jet tu ada kat bawah ni haaa..:)

Monday, July 11, 2011

dari michelin ke yokohama

salam all :)

Hari tu kan saya citer pasal tukar tayar kan..ha nila citernyer...

Jalan2 cari tayar bermula di seksyen 15 shah alam..tak der yg berkenan terus ke klang, ada tapi harga kureng baik..sudahnya carik kat area umah jek, Jalan Bukit Kemuning..

Tukar tayar yg asal yg dah 3 tahun guna which is Michelin..dah koyak rabak sampai..huhu

tukar tayar yokohama...seketul tayar harga kat kedai ni RM300..kat kedai lelain kami tanya dalam harga RM360..hukhuk mahal kot sebab nak tukar 4 bijik sekali..

tengok sportrim pun ada offer harga bagus..angkat sekali hanya pada harga RM150..murah amat..:)

kire kedai ni offer harga termurah :)alamat kedai ada kat bawah..

puas hati
the address

Sunday, May 15, 2011

wang besar...wang besar!!

salam all :)

Terasa lama cam tak hupdate blog ;)

mulakan entry dengan dapat duit terpijak..rexeki dari Allah s.w.t..rezeki anak mungkin..:)En.J isi borang pada hari terakhir peraduan dan sapa sangka bertuah menang RM300..

sebelum tu kene jawab satu soklan...Shell V power 97 meningkatkan kuasa enjin kereta anda?? Hanya perlu jawab betul atau salah..:)jawapannya mestila betul kan..lepas je jawab soklan tu masukkan dalam box kat kaunter minyak Shell..mudah bukan?? ;p

Dan tetiba dapat call dari Shell cakap menang RM300..:) syukur..tp kalo dapat RM30 000 lagi syukur kan...ihiksss :)

Selain dapat wang, dapat jugak cenderahari dari Shell berupa kereta ferrari yer..;p bukan honda Accord bukan toyota Camry..FERRARI huhu ;p

Kesimpulannya..ISILAH MINYAK DI SHELL DAN MENANG WANG BESAQ!!;p

dalam kotak siap yg amat cantiksss
6 bijik ferrari :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...