instagram

Showing posts with label zalora. Show all posts
Showing posts with label zalora. Show all posts

Tuesday, May 17, 2016

Fesyen Cardigan Wanita Terkini and trendy

Assalamualaikum semua kawan2 blog kesayangan..
harap sehat semua nah..
rasa macam tak berapa sehat or sakit tekak, cepat2 minum air masak banyak2..
cuaca tak menentu sekarang..
the best part is dah start hujan..
so sejuk la skit hehe :)

ok ok baiklah..
kali ni entry adalah pasal fesyen ..
saya suka fesyen..saya suke tengok orang bergaye walopun saya tak de gaya sangat hehe..
since saya brand owner tudung, dan berada dalam fashion line..
info berkenaan fesyen kene ambil berat..
tak semestinya trend tudung sahaja, tapi trend seluar baju dan dress pun sangat penting..
hari ni saya share perihal cardigan..






Sebenarnye, ramai wanita gemar memilih cardigan sebagai jenis outerwear mereka untuk tampil bergaya ketika keluar bersama rakan-rakan pada hujung minggu mahupun untuk dipadanakan bersama pakaian formal ke pejabat. 

Berbeza dengan outerwear seperti blazer dan coat, material yang digunakan untuk membuat koleksi cardigan adalah lebih tipis dan tidak panas. 

Oleh kerana itu, koleksi cardigan ini adalah outerwear yang paling sesuai dipakai ketika cuaca panas atau sejuk. Jom kita lihat fesyen cardigan wanita terkini yang kini boleh anda temui di pasaran;

Basic Cardigan

Basic cardigan merupakan rekaan cardigan yang asal di mana ia berpotongan seperti baju-t berlengan panjang dengan tambahan butang pada bahagian depan. 

Drape Cardigan

Drape cardigan pula adalah jenis cardigan yag berpotongan lebih loose dan tidak mempunyai butang di bahagian depan. 

Berikut pula koleksi long cardigan yang mempunyai ukuran lebih labuh berbanding semua koleksi cardigan yang lain dan juga berpotongan loose. 

Long Cardigan

Untuk rekaan kimono cardigan ini pula, ia direka dengan ukuran lengan yang lebih singkat dan lebar. Potongan kimono cardigan ini juga loose dan amat selesa untuk dipakai.

Kimono cardigan

Mempunyai potongan yang hampir menyerupai koleksi kimono, koleksi wrap cardigan pula dilengkapi dengan rekaan tali pinggang yang digunakan untuk mengikat belahan cardigan tersebut. 


Wrap Cardigan
wrap cardigan ni saya suke, saya ada beberapa actually tp dah lama x pakai..
lol ;p
tak tahu dah muat lagi ke tidak kihkihkih..
oklah setakat tu dlu..
berjumpe di lain entry ya..
takecare n salam kawan2!!

Wednesday, February 10, 2016

Tips Bergaya dengan Pakaian Luar


Assalamualaikum semua kawan2 blog kesayangan saya..
saya dah start keje dah hari ni, mood cuti raya cina dah habes so marilah kita bekerja bersungguh sungguh..gitu ;p hehe..
tp saya rasa ramai lg yang masih bercuti kot, sebab sekolah pun cuti seminggu ..makpak pun ambik cuti sama dan balik kampung lah ;p

baiklah..
kali ni nak story sikit lah pasal fesyen..
mak 2 org anak macam saya walopun bajet sederhana tp saya sukakan fesyen..
fesyen tak semestinya kene mahal dan bajet besar..
kesimpulannya, berfesyen ikutla bajet anda dan trend terkini ramai dah brand owner dan peniaga online jual baju2 mampu milik oleh semua golongan umur...

antara satu online shoping website yang saya suka ialah ZALORA..
zalora pada saya mementingkan kualiti dan fesyen yg diketengahkan juga adalah trendy dan up-to-date..:)
harga mampu milik tu sudah pastilah kan.. :)

salah satu yang paling tengah trend sekarang ialah outerwear..outerwear yg saya paling suke ialah jaket..bole pakai dengan jean and shirt..
nampak muda dan energy :)

Cuma yang lebih menarik sekarang adalah rekaan outerwear yang semakin trendy dan kemunculan trend-trend outerwear yang terbaru seperti bomber jacket, wrap jacket dan kimono top.

Antara jenis-jenis outerwear yang telah mula digayakan oleh ramai wanita sejak dahulu lagi pula adalah cardigans, blazer, leather jacket, denim jacket dan knit sweater. Jika fungsi awal pemakaian outerwear atau koleksi pakaian luar ini adalah untuk memberi kehangatan kepada si pemakai ketika cuasa sejuk, kini ia telah menjadi trend fesyen yang boleh digayakan untuk ke mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

kalau tanya saya, saya selesa ke pejabat dengan blazer, shirt, jeans and sneakers hehe..
nak lari pun senang ;p  hehe :)


Varsity jacket dan bomber jacket adalah pilihan penggemar fesyen yang gemar bergaya kasual khususnya di hujung minggu ketika keluar bersantai bersama rakan-rakan.

Tak semestinya golongan muda sahaja sesuai, yg dah beranak 2 macam sy pun bole, tak salah sekali 2 nak bergaya muda kan :p





Dan jenis outerwear kedua yang evergreen pula adalah koleksi denim jacket yang sering menjadi pilihan mereka yang ingin tampil ranggi. Namun, harus diingatkan bahawa fabrik denim ini adalah tebal dan tidak sesuai dipakai ketika cuaca panas.

Sesuai untuk digayakan ke ofis jika ofis anda semua dibenarkan bergaya kasual..
Hehe :)







Begitu juga dengan koleksi leather jacket atau jaket kulit yang sesuai digayakan dengan apa sahaja. Sama ada digayakan dengan jeans dan t-shirt, jacket kulit ini juga boleh dipadankan bersama pemakaian dress. 





Dan yang terakhir adalah pemakaian cardigans dengan pemakaian formal wear seperti berikut untuk digayakan ke pejabat!

sesiapa yang berminat dengan outerwear ni, bole la pi usha dekat zalora sana bahagian koleksi pakaian luar :)
macam2 jenis ada, pilihla mengikut bajet dan kesesuaian bentuk badan anda..
happy shopping girls!!
salam :)
                                                                                                                                            

Wednesday, June 25, 2014

Jam tangan menarik buat lelaki dan perempuan di ZALORA

(Sponsored Post by ZALORA)

salam all :)
Entry kali nih nak ajak u olss shoping online hehe..
shoping raya konsepnya..(mampoo ko nak shoping, puase pun belom kan ;p)
hehe..

Zaman sekarang yang serba moden lagi canggih ni, banyak benda kita boleh buat dengan menggunakan teknologi. Contohnya shopping. Kalau dulu kita perlu keluar untuk beli sesuatu tapi sekarang semuanya boleh dibeli secara online. Hatta makanan sekalipon sekarang ni bole dibeli secara online..hanya dengan menunggu dirumah, barang yang di order sampai ke muka pintu :) mudah kan??

Online shoping boleh dibuat hampir di mana-mana sahaja  asalkan ada computer, laptop or smartphone. Bagi mereka yang gilakan peranti canggih pula akan merasakan mempunyai alatan seperti itu akan memudahkan hidup kerana  boleh install mobile app website online shopping Malaysia dan beli secara online dengan gadget tersebut. Cool bukan?


Di luar sana terdapat banyak website online shopping Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis fashion item dengan harga yang cukup berpatutan. Cakap apa sahaja yang anda mahu pasti akan boleh dibeli secara online! Daripada baju ke kasut, handbag sehinggalah ke aksesori semuanya tersedia untuk lelaki dan wanita. Antara jenis-jenis akesori yang sangat popular dalam kalangan orang kita ialah jam tangan, bracelet, cincin, anting-anting dan macam-macam lagi.

Jika anda mencari jam tangan yang murah apa kata dapatkan di website online shopping Malaysia. Ini kerana banyak blogshop Malaysia atau website di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi jam tangan wanita dan lelaki secara online.


Antaranya ialah Zalora Malaysia. Sebagai destinasi online fashion terkemuka di Malaysia mereka begitu peka dengan kemahuan dan permintaan para pembeli jam tangan. Dengan itu mereka telah membawa masuk banyak jenis jam tangan online kedalam website mereka dari pada pelbagai jenama terkenal. Apa yang lebih menarik ialah anda boleh beli jam tangan murah dengan harga yang cukup berpatutan di sana. Jom apa kata beli JAM TANGAN murah di Zalora untuk dipakai pada Hari Raya akan datang!

kat bawah ni website zalora pada sesiapa yg belom pernah shoping kat sana..oleh kerana saya jenisan yang kaki shoping online, so ZALORA ni bukan sesuatu yang asing bagi saya :)

sebelum ni asik shoping baju dan seluar kali ni bole shoping jam tangan pulak..ada harga serendah RM50 untuk jam tangan di ZALORA ni..
so beli la mengikut budget masing2..:)



website ZALORA ni jugak bole diakses menggunakan peranti mobile phone seperti iphone or android phone..
kekdahnya sebelum tidur or ketika dalam toilet sekalipun bole shoping..janji ada phone canggih dengan line internet yg superb hehe..:)



Jom online shoping dengan ZALORA !:)
takecare kawan2 ..
bye!:)

Wednesday, August 1, 2012

online shoping di zalora

salam all :)

u olss dah beli baju raya ke??
mak dah beli dah..simple2 sudah..;p

dah versi mak2 dara kekdahnya raya ala kadar saje..
bg anak jela melawo..:)

baiklah mak nak share bende baik jugak kat cni..
shoping online di zalora..

mula2 saya ingat harga di zalora ni mahal..
tapi x pun..sederhana saja..bolela nak memenuhi poket saya yang x berapa tebal ini..

ada je baju yg mahal dan ada jugak yg murah..bukan semua nya murah ye adik2..
tepuk dada tanya poket laki..ehh ehh??;p

ni website dia..http://www.zalora.com.my/
bole la tengok2 mana yg berkenan di hati..
kasut beg segala macam ada, mak bapak je tak der kat ctu ;p..one stop center la konsepnyer..:)


sebelum shoping tu..kene register dulu..
payment macam biasa..paypal ada, maybank2u, cimb clicks, debit credit card and so on..
aaa lagi satu,free shiping..tu yg best kan :)

jadi..moh ler kita beli :)
bye..salam ramadhan ke 12 :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...