harapnya sehat sejahtera lah hendaknya..
hari khamis dah hari ni..
22 Disember 2016..
kakcik nely pun dah hampir seminggu lebih orientasi sekolah agama..
kemain lama orientasi sekolah agama..
habes minggu ni..
rehat jap minggu depan..
and the following week dah nak masuk sekolah sebenar dah..
sekejap je cuti sebulan..
seminggu sekolah agama nampaknya dia dah start pandai membeli di kantin skolah..
jadi nanti nak masuk sekolah betul2 nt..tak risau dah omaknya ni..
okla, macam dah ada latihan dah kan..
rak buku kat bawah..saya dah kemas..
saya naikkan kat atas..
kat atas tak de ruang sangat pun..
semua bilik sahaja 4 bilik..
ruang kat depan berhadapan tangga je ada seluas kangkang kucing..
jadi muatla nak letak rak buku sekangkang semut ni..
saya kemas semua buku kat bawah dengan dibantu pembantu tetap saya makcik neyli..
janji melayu nak belanja dia eskrim mat cool je..die terus on hahhahahaha..
mudah kan nak pancing budak2..hehe..
dia tolong lapkan semua habuk pada buku dan naikkan semua buku di tingkat atas..
2 rak buku tu saya mintak teacher baik hati kat sebelah umah ni angkatkan..
mekasih Far :)
tempat rak buku ni digantikan dengan console table dari ssf tu..
dah siap kemas semua memang lega..
pastu saya selsema 2 hari sebab habuk..
errrrmmm..
Nampak tak tudung berderet kat rak tu..
selain rak buku, ia jugak menjadi rak meletak stok tudung hahahahhah ;p
berguna lah sangat 2 rak dari ikea ni..
ikea je pun, bukan lah mahal gila pun..both rak tak sampai dua ratus each..
nak letak buku anak2 skolah saya rasa sesuai sangat :)
buku2 saya kebanyakan saya beli online..
bole kata 70% saya beli online di mph..
senang dan mudah, poslaju pos sampai depan pintu umah ..
bacaan untuk novel saya suka novel yang thriller dan seram dan bunuh..
hehe..
zaman nak membaca novel cintan cintun dah berakhir..
oleh itu, bila dah tua kertu ni lagi suka layan novel seram..
pastu nak tido nak mandi takut hahahhahah..
;p
tak pasal2 kakcik kene teman..
oklah..
setakat tu dlu..
ada cerita nanti kita sambung lagi..
takecare kawan2..
hepy weken and salam :)






















































