instagram

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Injection Yusuff at 6 month :)

salam all :)
Rasanya saya tak pernah sekali pon blog tentang imunisasi anak saya..
masa nely dlu semua injection saya ambil di klinik kesihatan government saja..
yang penting free ehhehe :)
langsung tak ambil pun yang additional mcm pnemacoccal, rotavirus or chickenpox..

Anak kedua ni, saya ambil imunisasi direct je dari doctor sama masa mula2 lahir dlu kat Hospital Columbia Asia..
Dr Izzurina..baik dan comel orangnya hehe..:)
memandangkan kalo pegi klinik kesihatan biasa saya terpaksa ambil cuti dan sebagainya, tu jugak merupakan salah satu sebab saya ke private..
kalo di private bole pegi sabtu..senang..:)

Ada jugak sesetangah orang yg tak mau amek imunisasi untuk anak sebab pernah dlu terjadi byk isu pasal DNA babi dan sebagainya..
so itu jugak atas pilihan masing2..
tp dari penerangan docter, Rotavirus dengan Chickenpox saja ada, lain2 x de lah..(rasanya, betulkan saya kalau saya salah)

Selalunya memang kami akan sarapan kat sepital saja, malas nak keluar jauh2..
lagi pula, orang tak ramai so tak perlu Q panjang..
orang sebelum kami selalunya 3-4 orang sahaja..yeay!!


muka budak gembira dapat sarapan nasi lemak faveret :)
adik macam biase suka jalan2 luar..dok je dalam umah lama2, mula la dia nak naik angin ;p hehe..



Injection tambahan saya hanya ambil pneumacoccal..
mahal ya ampun..;p
anak punya pasal..apakan daya, so suntikan ni untuk prevent jangkitan paru2..
suntikan pneumacoccal ni ada 4 dos kesemuanya yang akan diambil ketika 2,4,6 bulan dan yang last sekali ketika umur setahun ..



payment setiap kali injection..(pengsan ;p sebab orang misking mcm kami laki bini)
kali ni ada diskaun RM20..



semoga anak saya terus sihat hendaknya..
semoga Allah s.w.t terus memelihara anak saya..jadikan dia anak yang soleh..

akhir sekali dapat susu free..baru kata doctor..:)
nak amek gambar dengan doctor die tak mau..segan sebab die comel takut ramai patient dia hahah ;p
itu saja cerita weken saya..

selebihnya dirumah saja melayan anak..
mak malas betul kuar rumah..jerebu katanya ;p hehe
takecare kawan2 :)

Thursday, July 24, 2014

sofa koyak

salam all :)
dah lama x blog rupanya..
puasa pun dah masuk hari ke 26 dah..4 hari lagi mau raya..hehe :)
selamat hari raya semua..maaf zahir dan batin.. semoga perjalanan pulang ke kampung kita diberi kemudahan oleh Allah s.w.t

jangan lupa doakan buat saudara seagama kita di Gaza..
doakan mereka terus kuat..
doakan moga israel, zionis dan yahudi laknatullah mendapat balasan atas kekejaman mereka..
mereka tidak tahu kuasa Allah s.w.t mengatasi segala-galanya..
mereka lupa bahawa mereka bukan Tuhan yg mencipta alam
tetapi mereka cuma tuhan yg mencipta petualang dan melenyapkan nilai kemanusiaan sesama insan..
Allah maha mengetahui dan maha kuasa..
teruslah kita berdoa..


random story hari nih ada halnya sedikit pasal ilmu menjadi ibu2..
berdasarkan pengalaman saya juga..:)
kalau anda seorang ibu yang menyusukan sure pernah jadi nipple crack..sakitnya hanya tuhan saje yang tahu..
dulu mase anak sulung saya x tahu ada krim yang bole membantu..
tahan je sakit..
tp skang hasil dari pembacaan dan cuba sendiri..sangat berhasil..
ada brand medela dan avent..

selepas guna 2-2 pun ok..
tp saya prefer Avent sbb dia cair sikit..Medela tu macam pekat skit..
setiap org tak sama kan..so guna mana yg u olls selesa lah..
tp both brand ni memang yang terbaik la setakat ini...:)
owhh dan yang pasti..bole makan dan sesuai utk bayi..so maknanya bila nak menyusu tak perlu kesat utk hilangkan krim..terus bole menyusu je..:)
harga utk Avent tu RM39.90 dan Medela 7g RM29.90


cerita yang satu ni paling tak tahan..
adoiila..
rasa macam nak patah2 kan pijak2 je sofa ni..
:(
sofa kat umah saya baru 3 tahun pakai..beli pun time nak raya jugak 3 tahun lepas..

ngam2 nak masuk 3 tahun pakai..dah koyak..
brand Cavenzi..so tak yahla bli brand ni lagi u ollss.sakit hati jek..
nak kata duduk lasak sangat ke..tak jugak sebab kami bukan ada kat umah pun..pi keje malam je kot baru rehat..
siang mmg tak de orang duduk pun...
pun bole koyak..haihhh pelik aku..

so nak tak nak kene la repair..bli baru??
ni sofa pun dikira baru what..hahhaha ;p
nak bli baru lg memang makcik laki bini x dak duit lah..hehe..
so hasil dari gugel...sampaila kami ke alamat kedai di shah alam..
tunjuk gambar sofa yang koyak..depa memang bole repair..
3 seater ni cost me RM1.4k...

hermm..bayarlaaa..
apo laie..
makan masa 3 minggu jugak nak siap..
ni website yang kami gugel tu http://sofakusyen.blogspot.com/p/baik-pulih-sofa.html
ada no fon kat sana..call jela..


hasil selepas di repair adalah seperti gambar di bawah..
kaler sama sebijik sejebon cuma material saya rasa diorang punya lembut skit berbanding cavenzi punya..
material x silap saya synthetic leather..bukan 100% full leather la..
x pandai sgt bab ni sebab bukan pembuat sofa..hehe ;p

oklah hasilnya..puas hati ke x..makcik terima jela..
koyak lagi kali ni..
memang dia suruh beli di Lorenzo..hahahha mampuu?;p


bukak puase ape hari ni??
saya  hari2 pun beli la..nasi pun En.J yang masakkan..
saya x sempatla..balik awal pun jalan jem..sudahnya pukul 7 gak sampai umah..
kalo pukul 7 nak masak..masak megi sempat lah hehe ;p

semoga Ramadhan di hari2 terakhir berlalu dengan baik utk u olss :)
takecare!:)

Thursday, February 21, 2013

takutnyer..

Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS).

Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

Wednesday, February 20, 2013

Farrali

salam all :)

ini adalah iklan berbayar (sila baca secara serius dengan dahi berkerut ;p)

entry penting kali ni berkisar tentang Farrali Group of Companies..
kawan baik saya ialah one of the board director..
dan meminta saya untuk promosikan this Farrali pada u olss semua..:)

Yazry Helmy Baba Ismail
Director
Kumpulan Perubatan Farrali Mutiara Sdn Bhd
Farrali Ozone Tech Sdn Bhd
Mutiara Health Tech Sdn Bhd
Farrali Digibio Tech Sdn Bhd

apakah jenis bisnes yang Farrali group laksanakan?
ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2000, Farrali Group adalah satu kumpulan perniagaan multi-nasional yang bermatlamat adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang unik, inovatif dan berpatutan. Syarikat yang beroperasi di seluruh dunia dan merangkumi penjagaan kesihatan, pertanian, teknologi maklumat, hospitaliti, bio-bahan api, pembuatan, dan industri perdagangan antarabangsa.

antara bidang yang difokuskan kini ialah rawatan untuk kanser, diabees dan sakit jantung..
rawatan dah pun masuk beberapa newspaper seperti utusan, harian metro dan the star..

bole baca laporan dari utusan malaysia kat cni..
http://farrali.com.my/2011/07/middlesex-university-buka-cawangan-di-ipoh/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm


antara rawatan yang berjaya dilakukan :)

contoh rawatan sakit jantung
Rawatan sakit jantung bukan lagi sesuatu yang menyakitkan dan memakan belanja yang tinggi. Dengan perkembangan teknologi yang ada, kini pesakit jantung boleh mendapatkan rawatan penyembuhan sakit jantung secara non-invasive atau secara luaran, tanpa suntikan, tanpa pembedahan ataupun ubat-ubatan yang mungkin memudaratkan.

Rawatan ini dikenali sebagai Enhanced External Counter Pulsation (EECP). Ianya tidak menyakitkan, tidak memerlukan tempoh penyembuhan yang lama dan pastinya terbukti secara klinikal dan sangat berkesan..Layari web ini http://farrali.com.my/health-naturale-eecp/ danhttp://www.youtube.com/watch?v=M55_H8JS5i4 untuk mengetahui lebih lanjut atau hubungi kami segera untuk khidmat rundingan dan satu sesi percubaan EECP secara PERCUMA. Telefon sekarang di 03-4257 1786 atau 019-6681786...Kami sedia membantu anda.

Like Farrali di Facabook https://www.facebook.com/pages/Farrali-Health-Naturale/125287007511101

nak kontek diorang..bole kontek di kuala lumpur office atau mana2 cawangan yg ada dalam website

Kuala Lumpur Office

A-1-09, Setiawangsa Business Suites,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur.

Telephone : 603-426 51 786
Fax : 603-426 52 786

Web Site: www.farrali.com.my
Email: info@farrali.com.my

the puteri pacific johor bharu

salam all :)

percutian ke legoland hari raya cine lepas..
kami menginap di hotel Puteri Pacific Johor Bahru..
atas recommend dari seorang kawan :)

hotel yg sangat selesa..
saya pun recommend kat sesapa yg nak mencari hotel 5 bintang di Johor Bahru..
sila pilih hotel ni..
yang best juga ialah makanan sarapan pg yg disediakan adalah sedap..:)

selain tu..apa yg menarik ialah..
kita sangat dilayan sebagai tetamu hotel..
kolam renang yang bersih dan persekitaran yg menarik..
bilik hotel yg besar dan selesa..
toilet yg bersih dan cantikkksss :)
perkhidmatan mengangkut barang yang cepat dan mesra pengguna..

website hotel..The Puteri Pacific

Address
Jalan Abdullah Ibrahim
'The Kotaraya'
PO Box 293
80730 Johor Bahru
Malaysia.

Reservation: 1800-888-533
Telephone: 607 219 9999
Fax: 607 219 9998






Wednesday, June 20, 2012

setia city mall

salam all :)
entry ni dah lama nak buat tapi malas sebab x amek gambar mase pegi sana..
setia city mall kat setia alam sudah dibuka..tapi masih ada 3-4 butik yg belom dibuka macam zara dan charles and keith..

sekarang mungkin dah buke kot..mase saya pegi belom lg..:)
food court pun belom ada.. ada banyak pilihan kedai..bolela kalo nak cuci mata ..
yg penting ada food court sebab dah habes cuci mata bole pi melantak plak..;p

ni website dia kalo nak check butik ape ada kat dalam sana
http://www.setiacitymall.com/


Friday, May 25, 2012

eubos

salam all :)
harap u all reader saya sehat sejahtera hendaknya..

entry kali ni macam lebih kepada nak jaga kulit anak2 yg sensitif kekdahnya..
macam kulit anak saya nely memang yg jenis sensitif..asal kene gigit nyamuk je mulala nak merah2 dan akhirnya akan jadi parut hitam..

untuk mengekang dari menjadi lebih teruk, saya gunakan produk EUBOS khas untuk sensitif skin..
tahu pasal produk ni dari sepupu saya yg juga anaknya berkulit sensitif..yang mana kadang2 ada ekzema kat bahagian tengkuk, dan celahan2 termasuk peha dan lengan..
dia memang pengguna produk ni jugak..:)

setakat dah guna ni, efeknya sangat bagus..nely dah tak garu2 lagi terutama bila berpeluh..
didatangkan sekali denagn losen untuk trial je..botol kecik je pun..
yg paling best, produk ni wangi..sedap sungguh bau dia..
saya beli kat watson harga RM25.90 kalo x silap..

bole cuba pada anak2 yg berkulit sensitif..recommended!!:)


Wednesday, May 9, 2012

terjemahan al-quran

salam all :) 

Balik kampung lepas saya berjaya pau En.J untuk beli ini kat saya..:) dan ia berjaya..yay!!:)

mudah sebab setiap juzuk dibukukan berasingan..jadi kalau rasa nak baca juzuk 3..amek je satu, xpayah nak hangkut berat..sambil baring makan kacang pun bole baca :)

kalau beli yg lengkap dengan tafsir dan terjemahan..mahal harga 2 kali ganda tapi berbaloi-baloi la kan..kalo beli yg besar tu, kene dok elok2 baca..nak baring2 susah plak kan..berat :)

insyaAllah ada rexeki lebih nanti..kami beli buat koleksi :)



Monday, April 16, 2012

The Red Velvet

salam all :)

Hari ni promote kawan saya punya kek cawan..cup cake kalo bahasa omputihnya :)
Kek ni kek yg sama dia bagi kat saya mase besday saya..

sedap sangat..warna merah makngah yer..kalo sesapa suka kek kaler merah..haaa sila order..

minimum order ialah 16 biji kek cawan dan berharga RM50
dan ada jugak kek cawan ni dalam bentuk kek besar sebiji RM80

untuk penghantaran..area bangsar, kerinchi, bukit jalil dan bandar sri permaisuri ialah free of charge tapi yg area selain dari yg tersebut diatas itu..ada sedikit charge la..

ok untuk lebih lanjut u all bole la call kawan saya tu..hidayah zaila 012-2569965..:)
ni blog dia kalo u all nak apa2 info http://thezaila.blogspot.com/


ini sebiji kek RM80

Thursday, April 5, 2012

15 Pintu

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita- pintu marahcinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
-Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal) -
Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
 

Thursday, March 8, 2012

Jus Monavie..kelebihannya..

salam all :)

Setelah saya dan En.J mengetahui khasiat monavie, saja2 la nak try minum..kot2 bole sehat lagi walopun sudah umo 90 takpun kelihatan awet muda umo 30 walopun sudah 60 tahun konsepnyer ;p (feeling2 anita sarawak kejap ;p)

cube dulu sebotol..dah sedap ke macam mana baru beli berbotol2 ye dak ..:)

dengar citer khasiatnya banyak amat..jom kita tengok senarai penyakit dibawah yg mampu disembuhkan oleh monavie juga dengan izin Allah s.w.t :)

Kencing Manis
Darah Tinggi
Kolestrol Tinggi
Sakit Jantung
Kanser
Gastrik
Sakit Belakang
Masalah Urat Saraf
Sakit Sendi
Penyakit Kulit
Letih Lesu
Strok/ Lumpuh
Resdung
Asthma
Buasir
Buah Pinggang
Jangkitan Faraj
Sembelit
Otot Kejang
Ingin Awet Muda

ni jus monavie yang saya beli :) RM110 sebotol
isi kandungan jus monavie
ACAI BERRY
Anti Penuaan, Pencegahan Diabetes, Pencegahan Kanser, Merendahkan Kolesterol, Peningkatan Fungsi Seksual, Menggalakkan Pencernaan, Pencegahan Sakit Jantung & Strok, Peningkatan Sistem Keimunan

DELIMA
Menentang Bakteria & Jangkitan Kulat, Pencegahan Serangan Sakit Jantung, Kurang Daya Tenaga, Membentuk Kolagen

BILBERRY
Glaukoma (Penyakit Mata), Pencegahan / Rawatan Artritis Reumatik, Penglihatan Yang Sihat, Pembentukan Kolagen, Buasir

PASSION
Asma, Diuretik Ringan, Infeksi Saluran Air Kencing, Mempergiatkan Kesihatan Jantung

GILOBERRY / WOLFBERRY
Insomnia ( Sukar Untuk Tidur), Masalah Penglihatan, Sengal- Sengal Tulang, Kencing Manis, Penyakit Kulit

BLUEBERRY
Perlindungan Sistem Jantung, Pencegah Kencing Manis, Pengurangan Kolesterol

KIWI
Perlindungan DNA Dari Radikal Bebas, Pencegahan Kanser Kolon/Kanser Kulit, Pengawalan Kolesterol, Kencing Manis

CRANBERRY
Antibiotik Semulajadi (E Coli, H Pylori), Kesihatan Saluran Air Kencing, Prostatitis (Radang Pada Prostat), Anoreksia

APPRICOT
Ketidakseimbangan Tekanan Darah, Penyakit Prostate, Katarak, Strok

PRUN
Kencing Manis, Pengurangan Kolesterol, Merangsangkan Kepadatan Tulang, Pencegahan Kehilangan Daya Ingatan & Penyakit Alzheimer

PEAR NASHI
Sumber Diet Fiber, Vitamin B Kompleks, Penting Untuk Aktiviti Metabolisme

ARONIA
Mengelakkan Kanser, Pencegahan Kencing Manis, Mengawal Penyakit Jantung

CAMU
Camu Berry- Kemunduran Macular, Masalah Gusi, Selsema

ACEROLA CHERRY
Fungsi Jantung Yang Sihat, Hati, Perangsang Sistem Buah Pinggang, Bantuan Berkhasiat Untuk Anemia

PISANG
Tidur Lebih Lena, Penghasilan Kolagen, Melegakan Cirit- Birit, Sembelit

PEAR
Pembersihan Kolon, Merendahkan Tahap Kolesterol, Mengawal Tahap Gula Dalam Darah

LAICI
Mengurangkan Risiko Kanser

ANGGUR PUTIH
Kesihatan Otak, Kulit, Mata, Gastrik, Anti-Bakteria & Virus, Anti-Pengoksidaan

ANGGUR UNGU
Anti-Penuaan, Anti-Infamasi (Radang), Kesihatan Sistem Jantung, Pencegahan Kanser ProstKandungan efektif didalam produk ini adalah vitamin, omega 3,6,9 (menyerupai minyak buah kurma), essential fatty acids, dietary fiber, phytonutrients, amino acids/ protein (menyerupai profil telur), complex carbohydrates dan trace minerals.



Sejarah penubuhan Monavie

Syarikat Monavie ditubuhkan pada Januari 2005 di Utah, USA. Monavie telah mencecah usia 5 tahun di pasaran dunia, dan telah masuk ke 15 buah negara.

Monavie merupakan syarikat network marketing paling PANTAS berkembang dalam sejarah industri MLM dengan jualan mencecah USD 1 bilion selepas 3 tahun berada dalam pasaran dan jualan melebihi USD 2 bilion selepas 4 tahun setengah. Monavie akan dilancarkan di Malaysia pada April 2010 dan merancang untuk masuk ke lebih 180 buah negara. Monavie mempunyai visi dan misi untuk mencapai target jualan USD 20 bilion pada tahun 2020.

Jika kita ingin tahu samada syarikat itu kukuh atau tidak, kita perlu monitor perkembangan syarikat dalam masa 5 tahun. Monavie kini berusia 5 tahun, dan telah melepasi tempoh percubaan 5 tahun.

MONAVIE baru dilancarkan di Malaysia pada 1 . Ahli Zhulian pada hari ini di Malaysia ialah 600 ribu orang, CNI pula 350 ribu orang.. data terkini ahli MONAVIE di Malaysia ialah 5905 orang ahli berdaftar, kurang 5 % yg mengedar dan melihat potensi perniagaan yang lain hanya menggunakan jus monavie untuk kegunaan sendiri dan tidak nampak potensi perniagaan monavie.. anda masih terlalu awal !!

KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah mengesahkan MonaVie sebagai makanan dibawah Food Act 1983 and Food Regulations 1985 semenjak 4 Julai 2007.

PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) telah menerima MonaVie sebagai produk ahli (No pendaftaran ahli : 0307081476) sejak 16 Julai 2008

sumber : http://mona-viemalaysia.blogspot.com/

Wednesday, March 7, 2012

Kelebihan surah Yasin ayat ke 58..

salam all :)

saya dapat email dan nak share pasal info ni..kelebihan membaca surah yasin ayat ke 58..:) mari kita amalkan bersama-sama :)

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

Saturday, March 3, 2012

Doa Solat Dhuha

salam all :)

selepas selesai solat Duha, kita disarankan untuk membaca doa seperti dibawah..

Doa yang disarankan :

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


sumber : http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/

Wednesday, February 29, 2012

Kelebihan solat sunat Dhuha

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

Justeru, sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Junjunganku tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

sumber : http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/kelebihan-solat-dhuha/
http://hassanadlio.blogspot.com/2009/08/kelebihan-solat-sunat-dhuha.html
http://ummiadam.teratakrindu.net/?p=310

Tuesday, January 10, 2012

Mengapa Seks Dubur Haram?


Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah s.a.w menjawab: “Itu halal.” Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bertanya: “Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang itu. Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya.”

Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:

1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.
2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.
3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.
4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.
5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.
6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.
7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.
8. Wajah tidak berseri.
9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.
10. Menimbulkan kebencian.
- Sumber : MELAYU-NAKAL.COM

Hukum : Menggauli isteri pada dubur termasuk dosa besar dan maksiat yang paling keji berdasarkan hadis dari Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, bahawasanya beliau berkata:

"Terlaknat orang yang mendatangi isteri pada duburnya." [1]

Beliau shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:

"Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan melihat laki-laki yang mendatangi laki-laki yang lain (melakukan homoseksual) atau (seorang laki-laki) yang mendatangi isteri pada duburnya." [2]

Tuesday, December 20, 2011

al-quran di ipad


salam all :)

teknologi makin canggih skang..dengan tablet pc macam2 bole buat selain ajar anak2 belajar..selain angry bird game..saya ada donlotkan untuk nely ABC..123 dan bermacam jenis flashcards dan lagu2 yang merangsang minda :)

selain tu, apa yg saya guna ipad ialah mendonlot al-quran..ada kene bayar dan ada yang free..so bole je donlot..

saya gunakan bila nak baca yaasin..:) malas nak bangun amek surah yaasin dalam laci bilik..capai je ipad kat sebelah :) mudah :)

bole jugak donlot al-quran dengan terjemahan sekali..sambil mengaji sambil baca terjemahan ..alhamdulilah semua perkara dipermudahkan..

Wednesday, November 23, 2011

info tentang ANMUM ESSENTIAL 3 dan 4

salam all :)

Dah lama cam nak hantar pencedok susu ni tp asik lupa la sampai saya gie econsave minggu lepas promoter Anmum tu ingatkan saya..so berazam mahu hantar dengan segera la kononnya :)

so sesapa yg anaknya minum anmum step 3 or 4 bolela menghantar pencedok susu dan akan dapat free sekotak susu itu 500gm :)

dengan syarat hantar pencedok susu kaler ungu sebanyak 5 or pencedok kuning sebanyak 12 ..hantar hujung pencedok sahaja yer :)


Hantar ujung pencedok ni..bole dapat free susu sekotak 500gm..


Kene hantar borang ni bersama-sama hujung pencedok :)


Mase jumpak promoter ni, dia kasi ini sample free..katanya tak pernah nmpak saya pun, ermmm aku ni setiap bulan ke sini beli susu..pun tak penah nmpak hg huhu ;p



Haaa lagi satu susu ni tgh promosi..seb bek la promotor tu habaq mai kat ceq, kalo tak rugi sebab selalu beli yg kotak tu RM25.90 bersamaan 500gm tapi susu tin promosi ni hanya RM60++ ke tak ingat 1.6kg..murah giler :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...