instagram

Showing posts with label sakit saya. Show all posts
Showing posts with label sakit saya. Show all posts

Friday, June 26, 2015

salam ramadhan dan cuti sakit

salam all :)
punyalah lama tak menulis hehe, sian blog bukan takat berhabuk malahan berdaki ;p kihkih
semoga kengkawan blog saya semua sihat hendaknya..
hari ni dah 9 Ramadhan insyaAllah semoga Ramadhan kali ni yg terbaik dari sebelumnya..:)

Ramadhan 2015 tahun ni, saya tak sihat, sampai admitted..
batuk dgn berkahak pastu teruslah semput dan tak bole bernafas..
2 minggu tahan dgn ubat sikit2, masuk minggu ketiga dah start demam..
ambil neb beberapa kali masih tak baik..
so sepital lah pengakhiranya ;p

3 hari 2 malam cukup lah..lama2 boring jugak walaupun makanan kat cni sedap wooh..;p hehe
pagi petang malam neb secara teratur dgn ubat batuk yg kuat (banyaknya dadah dalam badan saya ;p huh)
alhamdulillah masa saya menulis nih keadaan semakin baik :)
sakit penghapus dosa kalau kita redha..



Tarikh tak ingat tp beberapa minggu lepaslah cerita basi nih :)
makcik Nely ada sukaneka di Taman Botanic Shah Alam..
tempat best, penuh kehijauan..
kawasan luas sesuai utk joging..berbasikal dan aktiviti riadah dgn keluarga..:)

makcik nih x suka sukan katanya panas..
muka masam mencuka..mak ni pun tanyalah apasal masam je muka, kot lapar ke, dah pun bagi makan..rupanya member ni x suka sukan..dia kata dia suka belajar muahahahah..(poyo lah hang ;p)
makanan time sukan ni potluck so saya buatkan sandwich saje..terlupa pulak nak snap gambar..





setakat ni dulu..
jumpe lagi dilain entry kalu saya rajin menulis lah hehe :)
takecare kawan-kawan..
:)

Saturday, April 20, 2013

apa bezanya?

salam all :)

semenjak lepas surgery..
kawan2 yang mana tahu, bertanya saya operate cyst ke??
jawapan saya ialah tidak..
sebab saya operate fibroid...

mereka tanya lagi..ooo fibroid pulak..ada beza ke shark?
hehe..mestila ada beza sebab tang nama pun bunyi dah beza..

pada yang masih belum tahu..adik saya yang kedua juga baru juga operation setahun lepas..
apa yang beza dengan saya ialah dia operate cyst..
baru sangat dia operate setahun lepas dan tahun ni cyst tu tumbuh balik..:(
maha suci Allah s.w.t. ..kita hanya manusia..terima sahaja dugaan dengan redha..

apa beza cyst dan fibriod sebenarnya..??
ok..kat cni nak tekankan..
saya bukan doctor nak terangkan dengan sangat detail tp sharing sikit2 setakat mana yang saya tahu bole la..:)
nak tahu lbih lanjut lagi dalam..sila tanya pakar sakit puan ;p

berdasarkn pertanyaan pada doctor ..
fibroid ialah isi atau daging yang bertumbuh pada uterus (rahim wanita tempat bayi membesar) yang mana cyst pulak ialah lendir dan lemak dan kadang2 ada rerambut dan bertumbuh dalam ovari (tempat penghasilam ovum)

cyst yang ada pada adik saya ada lemak, lendir dan rerambut..
nampak bila di-scan..
cyst adik saya cakap mmg sentiasa ada dalam ovari setiap wanita cuma samada ia besar atau kecil..
bila besar semestinya akan mengganggu kilang ovari untuk menghasilkan ovum..

fibroid macam saya pulak..
bertumbuh betul2 di tengah2 rahim dan bole mengganggu penempelan embrio (x pasti istilah ni ;p)
jadi macam susah nak mengandung senang citer..so docter menasihatkan agar buang sahaja..
bole mengandung dengan fibroid tapi takut ada banyak komplikasi nanti..
untuk keselamatan..saya buang saja..

cara pembedahan fibroid sama macam bersalin caesarean..
dipotong memanjang dan secara melintang..
kalo macam cyst..
doctor akan tebuk di sebelah mana cyst itu bertumbuh..
kes adik saya ditebuk dikedua2 belah..

lepas surgery ..
doctor Loo ada bawa tunjuk fibroid saya..
seketul yang berbentuk daging bersaiz 7cm..
lupa plak nak snap gambar..;p

rasa saya tu je kot yang saya tau..
sebab kebetulan saya dan adik kes berbeza so we olls tau la..:)

takecare kawan2..
jumpe lg bila saya menulis lagi..:)



Friday, April 19, 2013

sihat

salam all :)
lama tak ke udara..
harap sehat hendaknya seperti saya disini ;)

dah seminggu saya pulang ke pangkuan rumah terchenta..
maka selepas 3 hari pembersihan rumah dijalankan..akhirnya rumah bersih kembali seperti sediakala ;)
cehh baget rumah sentiasa bersih ke ape ;p

baiklah..
alhamdulilah..kesihatan saya baik seperti sediakala..
masih ada sikit2 batuk tapi ok la..
bole berjalan laju dan langsaikan kerja2 rumah..
adik saya selamat pulang..
terima kasih banyak kat dia..
jadi pembantu rumah untuk 3 hari yang dahsyat..;p

zaila call saya x angkat hari tu..
awak bole call balik sahabat bila awak senang..
saya tunggu..:)
terima kasih kepada kawan2 yg mendoakan saya..:)



Monday, April 8, 2013

buka balutan..

salam all :)
salam petang isnin..
saya harap kawan2 sehat berbahagia sebagaimana saya :)

tiada apa yang best selain melepak santai di kampung..(ko hadoo ;p)
makanan yang lazat dan suasana yang nyaman (nyaman la sangat ;p tapi yang pasti lebih nyaman dari shah alam ;p)
hanya kawan2 seangkatan yg sekampung dengan saya sahaja tahu betapa bahagia nya di sini ;p

ok berbalik pada cerita asal..
cerita asal ialah tentang saya yg nyaman di sini (nyaman lagi ;p)
kelmarin saya ke klinik dengan tujuan nak buka balutan...
alhamdulillah..luka surgery adalah baik2 sahaja..
kemas..setakat ni tiada kuman or infection atau apa2 yg seangkatan dengannya..
selamat sahaja kelihatannya..

cuma yang perlu..
saya sapukan krim dermatix yang dibekalkan doktor pada saya..
sapu 2 kali sehari pada luka surgery..
semoga ia cepat sahaja baiknya..:)

saya bercuti 6 minggu pada yang belum tahu..
6 minggu tahu??
lama bukan??
bagus untuk berehat tapi tak bagus sebab bosan..
yang saya tahu hanya makan tidur..
anak saya jugak diuruskan oleh orang lain ;p
ishhh ishh..


kelmarin jugak..
lepas saya bukak balutan..
saya sudah keluar jalan2..
jalan2 saya maknanya shoping..;p
astaga..

sebelum tu singgah makan kenduri..
jumpa cikgu skolah rendah..lamanya kan skolah rendah kot..cikgu darjah 6 ajar matematik yang garang amat..kecut perut kalo masuk kelas dia..

kami jalan2 sampai malam..
hebat bukan??
makan malam pukul 10mlm..
singgah makan kat satu restoren yang ada ikan bawal goreng panas2 sama sambal kicap, sambal belacan dan kuah kari ..
sedap sampai jilat sudu dan mangkuk sambal belacan..

sebenarnya kat area penang sana..
banyak kedai sedap2 yang jual ikan bawal goreng panas2 dengan sambal kicap..
mula2 saya makan mase praktikal kat Ann Joo dulu..
sedappp..
kedai yang saya makan ni ialah Hazirah Tomyam, Sungai Jawi..


tamat disini..
jumpe lagi bila saya menulis lagi..
jaga diri dan kesihatan baik2..
tiada yg lebih baik melainkan kesihatan yang optimum :)

Thursday, March 21, 2013

tentang sakit saya

salam all :)

kelmarin saya berjumpa docter..
sambil2 intai fibroid saya kat dalam..
masih dlm kebesaran 6cm..

keputusan dibuat..
dan saya akan jalani pembedahan..
selasa 26hb March 2013..8.30 pagi..
pada yang membaca..
doakan saya selamat..

dan esok..
usia saya bertambah setahun lagi..
selamat hari lahir buat saya..
semoga saya jadi lebih matang..
lebih berotak..

semoga Allah ampuni dosa2 saya yang lalu..
semoga pembedahan saya dipermudah..
pada yang membaca..
ampunkan salah saya..
terkasar bahasa saya..
keterlanjuran saya..
dan ketidakmatangan saya..

saya bukan nabi yg ada sifat maksum..
saya manusia biasa yang sentiasa leka dengan dunia..
saya manusia biasa yang sentiasa buat salah pada manusia..
saya manusia biasa yang bertatih mencari redha ilahi..
saya manusia biasa yang kadang2 terlupa mensyukuri nikmat yang diberi..

semoga sakit dan dugaan yang diberi ini..
buat saya sentiasa beringat..
idup x semudah yang disangka..
idup x seindah yang diharapkan..

sakit itu penghapus dosa..
saya redha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...