instagram

Monday, November 21, 2011

apa yg saya masak hari ni?

salam all :)

Hari pertama saya belajar masak2 hari ini..uhukksss..permulaan yg baik tapinya letih nak mampos..cehh macamla masak 15 lauk kekdahnya ;p

hari ni masak daging masak kicap dan  sayur kacang..yg letihnya tu tunggu daging empuk..hadooila..berpeluh ketiakkk kowt ;p

Jom share resipi daging masak kicap saya..versi mak saya Puan Normah :)



Bahan-bahannya :
1-Daging..sukati la nak banyak mana kan..

Bahan untuk tumis
1-Bunga lawang
2-Bunga cengkih
3-kulit kayu manis
4-serai diketuk..
5-bawang putih ditumbuk

Bahan dikisar
1-bawang besar
2-halia
3-cili kering

Perasa
1-cili sos dan tomato sos
2-kicap manis

Bahan hiasan
1-tomato potong
2-cili besar dipotong

Cara memasak :
1-Panaskan minyak..kemudian masukkan semua bahan tumis dimulakan bunga lawang,cengkih, kulit kayu manis dan bawang putih.
2-Setekah naik bau masukkan bahan kisar..kacau sebati.
3-Kemudian masukkan daging..masak sampai empuk..masukla byk mana air nak..kalo nak berkuah bykkan la air tu..
4-sesudah daging empuk masukkan kicap manis sos tomato dan sos cili..
5-Lepas tu masukkan bahan hiasan dan hidangkan..SIAP!!..mudah je kan..:)..kalo nak lagi sedap letakan serbuk sup mase masukkan daging tu..ada bau jintan skit..:)
6-Nak lebih wangi masukkan daun kari or limau purut, TERBAIK!!

4 comments:

nik nurhidayah said...

teerliur nyee...best2

atie aizam said...

wah bagus2.. tpi kak atie dah xleh sgt mkn daging.. seketul dua boleh la hihi..

adarnadzmie said...

aduhai.. lapor lak akak tgk lauk shark masak ni... dah le x amik sarapan lagi ni..hehe

.: iEyLa :. said...

hukhuk..pg2 wat ieyla terliur ni kak...huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...