Assalamualaikum semua
kawan2 blog kesayangan saya..
saya dah start keje dah
hari ni, mood cuti raya cina dah habes so marilah kita bekerja bersungguh
sungguh..gitu ;p hehe..
tp saya rasa ramai lg
yang masih bercuti kot, sebab sekolah pun cuti seminggu ..makpak pun ambik cuti
sama dan balik kampung lah ;p
baiklah..
kali ni nak story sikit
lah pasal fesyen..
mak 2 org anak macam
saya walopun bajet sederhana tp saya sukakan fesyen..
fesyen tak semestinya
kene mahal dan bajet besar..
kesimpulannya, berfesyen
ikutla bajet anda dan trend terkini ramai dah brand owner dan peniaga online
jual baju2 mampu milik oleh semua golongan umur...
antara satu online
shoping website yang saya suka ialah ZALORA..
zalora pada saya
mementingkan kualiti dan fesyen yg diketengahkan juga adalah trendy dan
up-to-date..:)
harga mampu milik tu
sudah pastilah kan.. :)
salah satu yang paling
tengah trend sekarang ialah outerwear..outerwear yg saya paling suke ialah
jaket..bole pakai dengan jean and shirt..
nampak muda dan energy
:)
Cuma yang lebih menarik
sekarang adalah rekaan outerwear yang semakin trendy dan kemunculan trend-trend
outerwear yang terbaru seperti bomber jacket, wrap jacket dan kimono top.
Antara jenis-jenis
outerwear yang telah mula digayakan oleh ramai wanita sejak dahulu lagi pula
adalah cardigans, blazer, leather jacket, denim jacket dan knit sweater. Jika
fungsi awal pemakaian outerwear atau koleksi pakaian luar ini adalah untuk
memberi kehangatan kepada si pemakai ketika cuasa sejuk, kini ia telah menjadi
trend fesyen yang boleh digayakan untuk ke mana sahaja dan pada bila-bila masa
sahaja.
kalau tanya saya, saya
selesa ke pejabat dengan blazer, shirt, jeans and sneakers hehe..
nak lari pun senang ;p hehe :)
Varsity jacket dan
bomber jacket adalah pilihan penggemar fesyen yang gemar bergaya kasual
khususnya di hujung minggu ketika keluar bersantai bersama rakan-rakan.
Tak semestinya golongan
muda sahaja sesuai, yg dah beranak 2 macam sy pun bole, tak salah sekali 2 nak
bergaya muda kan :p
Dan jenis outerwear
kedua yang evergreen pula adalah koleksi denim jacket yang sering menjadi
pilihan mereka yang ingin tampil ranggi. Namun, harus diingatkan bahawa fabrik
denim ini adalah tebal dan tidak sesuai dipakai ketika cuaca panas.
Sesuai untuk digayakan
ke ofis jika ofis anda semua dibenarkan bergaya kasual..
Hehe :)
Begitu juga dengan
koleksi leather jacket atau jaket kulit yang sesuai digayakan dengan apa
sahaja. Sama ada digayakan dengan jeans dan t-shirt, jacket kulit ini juga
boleh dipadankan bersama pemakaian dress.
Dan yang terakhir adalah
pemakaian cardigans dengan pemakaian formal wear seperti berikut untuk
digayakan ke pejabat!
sesiapa yang berminat
dengan outerwear ni, bole la pi usha dekat zalora sana bahagian koleksi pakaian luar :)
macam2 jenis ada,
pilihla mengikut bajet dan kesesuaian bentuk badan anda..
happy shopping girls!!
salam :)
1 comment:
Malangnye saiz aku x meriah mcm saiz kau beb~
aku kalo citer bab fesyen2 nih mmg sentap abes. kah kah kah kah.
Post a Comment