instagram

Wednesday, August 29, 2012

Cinta Di Langit Gaza


||sinopsis||
Cinta sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia. Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang, cinta akan membawa pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya. Buku ini diletakkan tajuk ‘ Cinta dilangit Gaza ‘, bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita. Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya, kehadiran di bumi Isra’ itu sangat meruntum jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Secara jujur rasa cinta pada bumi rebutan itu telah menyelinap urat darah dan dalam denyut nadi saya, cinta menyebabkan kita merasa rindu.

Merindui sebuah kebebasan kepada Al Quds, kiblat pertama umat islam, juga kerinduan hidup dibawah Syariat Islam. Saya jatuh cinta dengan kebaikan penghuni Gaza yang santun dan berpegang dengan agama, terutama akhlak para pejuang yang bergabung dalam HAMAS. Terbit daripada perasaan cinta yang halus ini saya meninta sketsa pengalaman yang paling berharga, untuk berbahagi dengan anda semua. Buku ini juga wahana untuk berkongsi pengalaman dengan niat merangsang insan lain untuk turut meletakkan telapak kaki di atas jalan kebaktian, menerusi kerja-kerja amal adalah niat utama untuk saya meninta pengalaman ini.

Saya telah diberikan kesempatan oleh Allah yang maha perkasa untuk melangkahi beberapa benua untuk menyantuni umat islam yang disengat kesusahan dan kejerihan. Misi kemanusiaan dengan kepayahan yang berbeza, perang di Palestin, gempa bumi di wilayah perbukitan Pakistan dan Kashmir, kemelaratan dan pengasingan di Cambodia, Tsunami di Acheh dan Jawa Barat, di keronyok gempa di Jogjakarta, menyantuni pelarian di Lubnan, berkongsi sedikit kemewahan dengan umat islam Bangladesh melalui program korban. 

Allah yang saya cintai sentiasa membuka ruang untuk saya dan teman-teman berbuat kebaikan , kasih sayang Allah yang melimpah juga telah membawa saya kesebahagian besar dunia ini, melihat dunia yang sangat rencam dan pelbagai.
rujukan : http://www.goodreads.com/book/show/8772410-cinta-di-langit-gaza
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

salam all :)

Hari raya kelima dan keenam saya berjaya habeskan baca satu lagi buku tulisan Riduan Mohammad Nor..first time bagi buku tulisan beliau..:)

komen saya..buku ni sangat meruntun jiwa..terkesima sekejap dan tilik balik diri sendiri apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka..kerdil amat..
serta merta terlalu amat bersyukur dengan rezeki kurnian dari-Nya..
betapa kadang2 kita leka dan lalai dengan harta dunia..kejar pada yg tidak perlu tapi lupa pada yg kekal abadi..

lebih banyak membaca lebih banyak mengajar saya..ilmu datang dari membaca..
so kawan2..bacala dan carila ilmu selagi terdaya..bekalan di akhirat jua..
buku tulisan beliau Memoir Tragedi Memali pun macam menarik :)

salam aidilfitri ke-11..

1 comment:

mikeyvio said...

sy plak dok t'cri2 bku "from beirut 2 jerusalem" x jmpa2 lg. :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...