instagram

Monday, February 27, 2012

Kota dan Muzium Lukut

salam all :)

Sebelom balik ke rumah, singgah dulu kat Muzium Lukut..konon2 nak tengok barang2 sejarah la kan ;p

muzium nyer tak la besar mana..2 tingkat dan konsep muzium adalah rumah kayu..100% kayu asli..macam masuk rumah zaman kesultanan melayu melaka pun ada (cetttt macam penah idup dlm zaman tu ;p)

tapiii..dah masuk dalam muzium itu,anda tidak dibenarkan mengambil gambar...cesssss,hurmmm ok x pe,kat dlm x bole, kat luar pun hokay, mak tak kesah ;p

kawasan halaman muzium adalah sangat luas..penuh pokok gitu, yg pastu muzium ni diatas bukit dan macam ke dalam hutan sket..:)barula mak feeling2 zaman kesultanan melayu melaka kan ;p
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni sejarah penubuhan muzium Lukut ..

Pengenalan
Muzium ini dibina oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan. Ia dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd. Isa Bin Dato' Abdul Samad pada 9 April 1999. Ia dibina sebagai satu tanggungjawab menyebarkan maklumat sejarah dan budaya di Negeri Sembilan untuk ditatapi oleh masyarakat tempatan, para pelancong luar negara serta para pelajar dan penyelidik sejarah. Muzium ini memaparkan sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujung (Negeri Sembilan) pada tahun 1880.

Terdapat 4 galeri utama iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional. Pelbagai koleksi dan bahan pameran yang berkaitan dengan sejarah kegemilangan Lukut telah dijelmakan kembali dalam bentuk ilustrasi, gambar, artifak dan sebagainya untuk dipamerkan kepada pengunjung. Pastinya sejarah kegemilangan Lukut akan terus diingati dan dikenang dalam sejarah negara.

Galeri Sejarah Lukut
Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Jumaat Bin Raja Jaafar (1847 - 1864). Lukut ketika itu merupakan satu daerah yang terpenting disebabkan oleh hasil kegiatan perlombongan bijih timah yang amat pesat sekali. Galeri ini mempunyai beberapa segmen antaranya Latar Belakang Sejarah Lukut, Kota Lukut Sebagai Kota Pertahanan, Lukut Pesat Ekonomi dan Pentadbiran, Lukut Dalam Aspek Politik, Laporan Kapten Macpherson dan Perlombongan Bijih Timah di Lukut.

Waktu Lawatan
Isnin - Ahad: 9.00 pagi - 6.00 petang
Tutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan hari pertama Hari Raya Aidiladha
sumber : http://www.jmm.gov.my/ms/museum/muzium-lukut




nely sempat lg singgah kat taman :P haishhhh
Sedikit sejarah tentang Kota Lukut :)

Pekan Lukut terletak di negeri Sembilan . Mengikut jalan lama dari Seremban ke Port Dickson, anda akan temui pekan Lukut di pertengahan jalan . Ramai penduduknya terdiri daripada kaum Cina. Sebelum ini , Lukut dan Sungai Ujong mempunyai konotasi yang sama. Ia ada kaitan dengan Datuk Kelana Sungai Ujong, Negeri Sembilan.

Lukut pernah terkenal kerana ladang ternakan babi yang luas dan merebaknya virus nipah di Bukit Pelanduk .

Kota Lukut dibina oleh Raja Jumaat Raja Jaafar pada 1847 ketika pemerintahan Sultan Selangor yang ketiga iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857). Kota ini terletak di atas bukit yang dinamakan Bukit Gajah Mati atau disebut juga sebagai Bukit Raja.

Kota yang berbentuk empat segi bujur yang berukuran lebih kurang 200 meter panjang dan 170 meter lebar ini dikelilingi parit yang dipasang dengan ranjau yang mempunyai kedalaman di antara tiga hingga lima meter dalamnya dan pelawat boleh melihat pemandangan Sungai Lukut, Selat Melaka dan kawasan sekitarnya.

Semasa Raja Bot memerintah, banyak tentangan dihadapi daripada musuh terutama daripada Sultan Sulaiman (Sungai Raya) yang enggan tunduk kepadanya. Kota Lukut diperbesarkan dan diperkuatkan dengan kawalan 30 orang askar Arab bagi menghadapi sebarang serangan musuh.

Kegawatan politik dan kekacauan yang berlaku ketika itu akhirnya melemahkan kewangan Lukut dan sedikit demi sedikit menghakis kemasyhuran Lukut.

Lukut dibuka oleh Tengku Busu yang berketurunan raja dari Selangor yang memulakan aktiviti perlombongan bijih timah . Lukut akhirnya menjadi pusat perlombongan bijih timah yang penting. Sungai Lukut dan Sungai Ujong merupakan lombong bijih timah yang utama .

Kota Lukut pernah melahirkan tokoh besar seperti Raja Busu, Raja Jaafar, Raja Jumaat dan Raja Bot yang merintis sejarah kegemilangan Lukut.

Terdapat sebuah muzium di sini yang dinamakan Muzium Lukut.
sumber : http://kenitra1975.fotopages.com/?entry=826919

5 comments:

Cik tikah said...

ala, x bestlah x boleh ambik gmbr dlm muzium. hehe

.: iEyLa :. said...

bagus tul mummy die..
kecik2 dah ajar nely sukakan sejarah..good.. :)

shark said...

cik tikah : tula pasal..;p nak curi2 amek en.j marah lak ;p haishhh

ieyla : yela tu..mak dier pun x suke sejarah :)

lovelywa said...

salam perkenalan juga dari saya..awak ke yg add sy kat FB?? ekcelli sy sendiri tak pernah gi muzium Lukut tuh, padahal kampung kat PD jek..hehehe

shark said...

lovelywa : hahha..ye saya..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...