instagram

Thursday, February 16, 2012

Gerakan Pemuda Kahfi - sebuah ajaran sesat!

salam all :)

saya cuma nak share kumpulan ajaran sesat yg semakin mendominasi dasawarsa ni..saya harap kawan2 saya diluar sana tidak terpesong..yang sudah terpesong, pintu taubat masih terbuka!


Tarbiah pelik Pemuda Kahfi
Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Satu kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai Pemuda Kahfi, dikesan aktif merekrut ahli baru terutama di Lembah Klang, melalui kaedah tarbiah pelik ‘kelas kereta ke kereta’ selain menyediakan kelas khas di kediaman pengikut sedia ada.

Dalam usaha menarik ahli baru, kumpulan terbabit juga dikesan mentarbiah ajaran songsang seperti kumpulan ajaran sesat lain iaitu menyuruh pengikut mendirikan solat sekali saja dalam sehari, tidak perlu menunaikan solat Jumaat selain menyelewengkan beberapa hukum serta fardu lagi.

Selain itu, pengikut diwajibkan membayar sejumlah wang kepada tok guru dengan alasan untuk menebus dosa lampau selain memudahkan individu terbabit memasuki syurga.

Sumber yang enggan dikenali memberitahu Harian Metro, kaedah mentarbiah menerusi kelas kereta ke kereta hanya dikhaskan untuk ahli baru, manakala pengikut sedia ada akan menggunakan kediaman seorang daripada mereka sebagai markas tarbiah.

Menurutnya, kaedah kelas ‘bergerak’ biasanya digunakan di sekitar tempat meletak kenderaan masjid, surau, hotel atau pusat beli-belah di sekitar bandar raya ini dan dua pengikut senior Pemuda Kahfi akan menunggu dalam kereta sehingga ‘rakan sesat’ baru mereka tiba.
Katanya, kumpulan ajaran sesat terbabit dikesan bergerak merekrut ahli baru sejak tiga bulan lalu dan mensasarkan sesiapa saja tanpa mengira latar belakang semata-mata untuk menambahkan keahlian kumpulan.

“Taktik digunakan mudah iaitu ahli akan menunggu bakal ahli baru dalam kereta yang sudah dinyatakan lokasinya. Ahli baru itu perlu ke situ bersendirian sebelum masuk ke kereta mereka dan meninggalkan kenderaannya di sana.

“Ahli senior membawa pengikut baru itu ke beberapa lokasi. Mereka akan berhenti di beberapa kali di lokasi tertentu sebelum bertukar kereta dengan ahli lain yang sedia menunggu di lokasi ditentukan,” katanya di sini, semalam.

Kegiatan kumpulan Pemuda Kahfi terbongkar selepas pihak berkuasa agama Islam Selangor menahan beberapa ahli kumpulan ajaran sesat itu, baru-baru ini, dan mendedahkan taktik aktiviti mereka.

Menurut sumber itu, sepanjang sesi kelas bergerak diadakan, mata ahli baru ditutup supaya mereka tidak tahu laluan digunakan selain memastikan tiada kebocoran maklumat sehingga menjejaskan kumpulan ajaran sesat terbabit.

Dalam sesi kuliah dalam kereta, ahli baru atau yang lama akan ditarbiah mengenai kehebatan ajaran sesat terbabit selain pentingnya mereka akur pada setiap arahan tok guru untuk memastikan kehidupan mereka selamat di dunia dan akhirat.

“Kebiasaannya, perjalanan untuk mengikuti kelas kereta ke kereta mengambil masa antara satu dan tiga jam bergantung kepada banyaknya pelajaran sesat perlu diikuti atau soalan ditanyakan.

“Selepas tamat pengajian ringkas, ahli baru terbabit atau yang sedia ada akan dihantar ke lokasi pertama. Mereka turut diminta mencari ahli baru di kalangan kenalan atau saudara-mara sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Sumber itu berkata, setakat ini, siasatan mendapati bilangan ahli kumpulan itu tidak terlalu ramai kerana ia baru bergerak, namun pihak berkuasa agama tidak seharusnya menunggu sehingga kumpulan terbabit mempunyai ahli yang ramai baru mahu bertindak.

“Pihak berkuasa agama sentiasa melakukan intipan untuk membasmi kegiatan ajaran sesat walaupun ia hanya pengikutnya hanya seorang saja. Apa yang penting, kegiatan yang boleh memudaratkan kesucian Islam serta penganutnya itu perlu dibasmi,” katanya.

2 comments:

Nisa Greennnpanda said...

isy...
dahsyatnye...
nape la ade gak ajaran sesat camnie eh?
moge2 kite xt'pengaruh la...

salam knal gak.. ^_^

khairul said...

mcm2 jd la ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...