instagram

Thursday, September 22, 2011

nasi kukus Kota Kemuning

salam all :)

Hari ni nak posting pasal tempat makan yg sangat layannnnnn untuk makan tengahari area opis saya di Kota Kemuning..gerai nasi kukus ayam rempah..huishhhhh memang sodappp sampai jilat jari kaki..:)

Ni dah masuk kali kelima saya rasa saya dah makan nasi makcik ni dan rasanya tetap sama tak berubah..orang penuh beratur nak beli, jadi kene sabar sikitla no kalo nak makan nasi kukus ni..harga nasi RM4.00 sahaja ye..

memang kene bungkus bawak balik kalau nak makan,tak der meja makan disediakan..tapi bersebelahan nasi kukus mak cik ni ada abang yang jual air kelapa dan laksa penang..dan dia ada sediakan beberapa meja dan kerusi untuk pelanggan yg nak berenti minum sambil duduk isap rokok..ehh ;p

jadi kami pi tumpang makan nasi kukus sambil minum air kelapa abg baik ni..hihi..yela kan,takkan makan nasi kat gerai abang ni tp tak order air kelapa dia,ishhhhh keji sangat kot ;p

sesapa area kota kemuning bole mai try, dari jauh pun apa salahnya..;p kota kemuning area Anggerik Aranda..

gerai nasi kukus sedapppp..sedapp gel ;p
gerai air kelapa dan laksa penang abang baik ;p
air kelapa RM2.80
setelah disiram kuah kari dan siap sedia untuk makan..nyum nyum..;p

**picture taken using Olympus FE280

8 comments:

.: iEyLa :. said...

ermm..seb baek dah lunch..
memang terbaikla nasi kukus nih..
time2 praktikal dlu every friday je dpt mkn..sbb lunch hour lame sket..hihi

shark said...

ieyla : nasi kukus ni mmg terbaik ieyla,dier nyer kari tu best!!

tiefazatie said...

best tue!hihi..kat sini nasi kuku gong kapas kot yg best gle..=)

adarnadzmie said...

huhu... dah la akak lom sarapan lagi... tgk jer nasi kukus ni terus perut brgelora.... lapoooo...

Nor Diana said...

waktu berniaga bila yerk....sedap betul nasi kukus nie nak tunggu ramadhan lambat lagi

zid ar said...

salam semua...sedap tu nasi kukus ya.!utk pgetahuan anda semua..restoran kami turut menyediakn nasi kukus ayam goreng berempah..ayam nya mmg sedap & rangup!..tak caye..apa kata luangkn sdikit masa anda ke Kafe Sofia yg trletak brdekatan dgn RHB bank ok

Cahaya Fit Enterprise said...

memang terbek nasi kukus kota kemuning ne...

Admin Kbey said...

Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Sunway, Alam Sentral, Kota Kemuning, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

p/s: perkhidmatan sewa harian juga disediakan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...