Saya rasa cam nak share sikit barang pasal set selepas bersalin yang saya guna mase lepas lahirkan nely setahun yg lalu :)
Saya gunakan set bersalin dari Nona Roguy..Set bersalin ni berharga RM375 kalau bukan ahli..kalau ahli hanya bayar RM300..so patut jadi ahli je, bayar RM15 then jadi ahli dan bayar hanya RM300 untuk satu set bersalin tu..
Tapi set bersalin nona Roguy ni hanya untuk ibu tidak untuk anak..kalo nak minyak telon untuk baby tak de dalam set, kene beli asing-asing la..bengkung pun tak de, kene beli asing2 jugak..untuk bengkung saya pakai bengkung lama mak saya je,yg lilit2 kekdahnya tu,jimat katanya ;p
Minyak telon sampai skang saya guna jenama nyonya Mener..sangat bagus ok..recomended!!aaa satu lagi..pilis pun saya guna nyonya Mener jugak..:)
Yang paling bagus set nona Roguy ni ialah sangat memudahkan pembuangan air besaq..:) sumpah bagus tak tipoo..setiap hari saya akan buang air besaq dengan mudah sebab dia akan lembutkan najis dan melawaskan perut..atau dengan kata lain akan mengempiskan perut...lemak tak sempat menempek!! Cubalah kalo tak percaya..;p
Antara kebaikan lain set bersalin ni :
1. Terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan.
Set ini melawaskan pembuangan air besar dan menyingkirkan timbunan lemak air yang berlebihan supaya berat anda turun dengan lebih cepat dan teratur.
Ia juga mempercepatkan penyembuhan luka jahitan supaya ibu terhindar dari risiko jangkitan kuman di samping membantu melancar dan memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.
2.Mudah di pakai sewaktu berpantang.
Ubat yang terkandung di dalam set bersalin NR ini adalah dalam bentuk yang lebih moden seperti tablet, pek uncang dan juga krim supaya mudah di gunakan sewaktu bersalin dan boleh di sediakan sendiri.
3.Hanya menggunakan herba yang berkualiti.
Mutu dan khasiat herba di saring dengan proses pengilangan yang ketat supaya ibu yang baru bersalin dapat pemulihan secara total.
4.Selamat di makan.
Set Bersalin NR ini juga di luluskan oleh Kementerian Kesihatan. Ini supaya kesihatan ibu yang baru bersalin adalah terjamin dari sebarang kesan sampingan yang memudaratkan ibu dan bayi.
5.Set Bersalin yang lengkap.
Set Bersalin NR lengkap dengan rawatan luaran dan dalaman supaya anda tak perlu pening kepala memikirkan apa barang yang patut anda ada semasa berpantang.
sumber : http://www.mysetbersalin.com/
Dalam set bersalin di atas...ada 6 barang dalam kotak tu..6 barang tu adalah seperti kat bawah ni:
* PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit
sumber :http://nonaku.com/
No comments:
Post a Comment