instagram

Wednesday, November 24, 2010

Tips untuk banyakkan susu ibu..:)

Lebih byk kita kongsi info, lg byk jugak info yg akan kita dapat, jadi jgn kedekut ye kawan2..meh kita kongsi2 apa agaknya tips untuk byk susu badan bagi para ibu yg menyusukan bayi mereka..saya jugak tak terkecuali untuk menyusukan nely bermula dari dier baru lahir sampaila ke hari ini..saya masih susukan dia..alhamdulilah, walaupun tak secara eksklusif selepas enam bulan, tp masih menyusukan..:)

Saya menyusukan nely secara eksklusif selama enam bulan shaja (maksud eksklusif tu ialah langsung tak campur susu lombu atau apa jua jenis susu yg bukan dtg dari badan seorang ibu/wanita ), sbb bekerja kan kadang2 memang terkejar2, mana lg nak buat keje yg menimbun dan bila pulak nak memerah susu..tp pada kaum2 ibu seperti saya, misti paham, mahu atau tidak misti kene pegi pam jugak susu, kalo tak nt sakit tak pon susu akan melimpah keluar..rugi kan..sepanjang proses penyusuan secara eksklusif itu, saya byk amalkan petua2 untuk bykkan susu badan..dan mmg berkesan hokey!!...jadi cubalah..:)

a) banyakkan makan sayuran hijau dan pahit- contoh, sawi, bayam, kailan dan pucuk betik.
Ia mmg berkesan pada saya terutama sawi, sbb sawi senang jumpa dan saya mmg suka mkn sawi, kalo   nak mkn megi pon suka je letak sawi, jadi tak dak masalah mkn sawi walopun agak pahit kan itu sayur, air susu mmg byk giler..puas hati la ;p kalo masak sawi, saya lebih suka masak sayur air, campurla fishball or fishcake kasi sedap..

b) minum air longan- beli longan kering kat kedai herba cina.
Minum longan setiap hari, tak pernah tinggal. Rebus longan byk2 pastu letak dlm freezer. Saya buat manis2 sebab bila letak dlm freezer kan sejuk. Jadinya bila nak minum saya akan tambah dgn air panas supaya tak sejuk jadi air longan td tak tawar :) Air longan ni sedap tau..tak payah tunggu menyusu anak baru nak minum longan, bila2 pon bole minum...

c) Setiap kali sebelum pam susu saya kan urut dulu breast dari atas ketiak turun ke bawah menghala ke puting, Tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan air susu. Tuam dgn tuala panas pon salah satu kekdah tuk melancarkan pengeluaran air susu.

d) Minum byk jus buah-buahan- apa2 jus pon saya belasah jer, asalkan air buah..mcm longan jugakla, tp jus buah ni adalah buah yg fresh la, segar dan terus buat jus..contoh buah, jus oren ke, carrot ke, epal pon sedap jugak..:)

e) Air soya - saya byk minum air soya, sbb ada buat research kat tenet cakap air soya bykkan susu ibu, jadi saya belasah je, ada jugak membantu. Boleh dikatakan setiap hari minum soya..:) sampai muak dah..;p

f) Minum susu Anmum Lacta - byk minum susu sgt membantu penghasilan susu ibu..mase mengandung pon saya dah minum susu anmum materna..hari2 hokey..naik meloya sudah, kadang2 amek jugak yg perasa coklat sbb bosan perasa yg sama..;p

g) Bykkan minum air putih - kesimpulan dari semua air yg diminum.haha..minumla byk air..apa juga air, air putih adalah yg terbaik, jadi jgn lupakan air putih, pastikan 8 gelas sehari, sampai nak buncit perut minum air..;p seriussss mmg kene minum byk gilerrr air ye...

h) Pil penambah air susu - saya ada ke farmasi tanya ahli farmasi kat sana, ada tak pil yg bole bykkan air susu- pharmacist tu ckp ada, tp mahal giler (tak ingat nama itu pil) dier ckp 8 biji dlm harga RM200++..makan sebiji sahaja dlm mase seminggu..dier ckp mmg berkesan..pil tu tak dak di farmasi tu, kene order..sbb? tak byk permintaan..jadi pharmacist tu hanya suggestkan saya utk ambil pil tambah zat susu contoh obimin la..selain dari fish oil. Fish oil pil saya amek jenama Halagel (Omega-3 Fish Oil)

i) Bykkan selawat dan berpikiran positif - ini mmg betol..seriusss tak tipoo..ada satu hari tu, keje saya mmg byk giler, error byk dlm coding nak kene fix sampai pening pala hotak ni pikir, jadi mase nak pam susu tu mcm tensyen la kan, seriusss air susu tak nak kuar, mulanya sy pelik sbb selalunya saya akan dapat pam dlm 200-240ml, tp mase tu cuma dapat dlm 100ml, seriusss pelik...dan tetiba terpikir mungkinkah sbb tensyen..then mase tu saya terus pegi solat, restkan otak, tarik napas dlm2..sambung balik pam, dan susu keluar seperti yg dikehendaki haha ;p..menakjubkan kan..tak percaya?..tak percaya sudahhh ;p kesimpulannya...kene pikir positif dan jgn tertekan/stress ketika nak pam susu.

selamat mencuba..:)

3 comments:

oya said...

ooo..baguih tips ni..

shark said...

tengsss oya!!nt jgn lupa cuba tau..;p

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...