instagram

Friday, March 22, 2013

selamat hari lahir untuk saya..

salam all :)

hari ni..
hari lahir saya..
selamat hari lahir untuk saya..

umur saya beranjak setahun lagi..
maknanya sudah 29 tahun..
tidak sesuai dikata muda belia lagi..

banyak lagi yang perlu dipertingkatkan dalam idup..
banyak yg perlu diperbaiki..
terima kasih Allah s.w.t atas kurniaan dan rezeki dari-Mu
jadikanlah aku manusia yg sentiasa bersyukur..

.................

saya hantar mesej begini pagi tadi pada ibu saya..

hari ni besday saya..
setahun lagi umur berganjak mendekati mati..
terima kasih sebab kamu lahirkan saya 29 tahun lalu dan menjaga saya sehingga saya berjaya kini..
dan masih lagi menjaga saya walopun saya dah berkahwin..
jasa kamu saya x mampu balas..saya tahu betapa perit dan susahnya menjadi seorang ibu, apatah lagi ibu yang baik seperti kamu..
saya x tahu samada saya mampu atau tidak menjadi ibu yang baik seperti itu ..
ampunkan salah saya..
saya bersyukur Allah s.w.t masih pinjamkan kamu kepada saya untuk saya terus merasai kasih seorang ibu..

......

air mata saya mengalir..

2 comments:

Nafira usof said...

Happy birthday shark..
moga semua doa dan impian akan jadik kenyataan..

mengalir jugak air mata ini bila baca mesej buat ibu tuh.. huhuhu..sebak~

Alyyani Anuar said...

how sweet. happy 29th birthday. kita patut buat camtu gak, instead of terima ucapan, kita sepatutnya wish thanks kat mak kita. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...