instagram

Wednesday, January 19, 2011

Akta Kutu 1971..

salam.. :)
Tgk tajuk entry memang macam tak sangka rupanya main duit kutu pon ada akta rupanya..haha..
dan saya pasti ramai yang baca entry ni pernah terbabit dengan main duit kutu ni termasuk yang menaip entry ni jugek ;p..kat bawah adalah petikan berita dari TV3..link yang saya beri kat bawah tu adalah laporan lengkap akta kutu tu..kalo rajin pi la baca yer..:)

"Denda RM500 ribu, disertai 10 tahun penjara.

Itu antara kandungan baru, Akta Kutu 1971 yang bakal dipinda tidak lama lagi.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akta itu dipinda ekoran wujudnya syarikat persendirian yang mengendali wang kutu, menggunakan teknik penipuan sehingga mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob / Menteri PDNKK
Kalau dulu tak ada masalah. Orang buat secara kecil-kecilan kutu tupperware 100 ringgit, 50 ringgit. Tapi sekarang ada syarikat kendalikan wang macam cash deposit. Ada syarikat tubuhkan syarikat kutu untuk ambil kesempatan. Sekarang hukuman lima ribu ringgit sahaja, kalau dia boleh kutip 30 juta dia boleh byr setakat lima ribu tu.

Akta itu akan dibentangkan pada sesi parlimen Mac nanti, bagi melindungi kepentingan pengguna daripada tertipu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Zoom KPDNKK, di Laman Kerayong dekat Bera, Pahang.

Program ini menjurus kepada kesedaran dan penerangan pada masyarakat mengenai peranan kementerian termasuk dalam mengendali barangan kawalan.

Beliau turut memberi jaminan masalah kekurangan bekalan minyak masak dapat diatasi sebelum sambutan Tahun Baru Cina."

sumber - http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Akta_Kutu_1971_Bakal_Dipinda.html
              http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%201/Akta%2028.pdf

1 comment:

anak dara cik din said...

kutu rambut boleh dibuat akta tak kak? hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...