instagram

Wednesday, December 15, 2010

Inspira vs Lancer

Salam..
Bagi penggemar kereta mitsubishi lancer (bukan evo ye,sbb ini bukan version evo)..haha pasti sedikit terkilan yer sebab proton telah keluarkan kereta baru iaitu Inspira yg mana setahu saya sama hebatnya dgn itu Lancer malahan hampir sama secara keseluruhan mata kasar..tp kat cni saya akan nyatakan..apakah perbezaan antara Inspira dgn Lancer..tak semua sebijik sama, masih ada beza tau..;p 

Inspira yang dikeluarkan bole dipilih oleh bakal pembeli (enjin kapasiti 1.8L dan 2.0L) dan mempunyai empat warna pilihan iaitu hitam, merah, silver dan putih..sila pilih ikut warna kegemaran yer..;p

1-Secara amnya, rupa asasnya masih lagi sama dengan Lancer tapi ada sedikit perbezaan di  front grill serta bumper depannya...  macam nampak lg hebat la dari front grill Lancer.

2-Design bumper depan macam telah diterbalikkan. Bermula dari 'grill' atas hinggalah ke bahagian 'spotlight'. 

3-Shift paddle macam ditukar dari besi mangnesium pada Lancer asal  kepada plastik pada Inspira.

4-Berdasarkan pembacaan saya dari web2, dikatakan Inspira punya handling lagi best dan lagi selesa berbanding Lancer dan ia dipengaruhi oleh setting sistem suspensi dan penggunaan tayar yang berbeza daripada Lancer.

5-Harga sah2 la bezakan..;p yg mana Lancer RM 120k ++ manakala Inspira kurang dari RM100k la..

Inspira 2.0 ada beberapa perbezaan dengan 1.8:-
-kawalan perjalanan
-kawalan iklim automatik
-Auto Headlamp dan sensor hujan
-Body Kit dan spoiler belakang
-Sistem Navigasi GPS
-tempat duduk daripada kulit dan door trim finishing serta beberapa kemudahan lain.


‘Soft launching’
bahagian dashboard yg hampir sama

Proton Inspira

4B10 Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 1.8 L (1798 cc)
Bore 86 mm
Stroke 77.4 mm
Compression ratio 10.5:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 105 kW (143 PS) at 6000 rpm
Peak torque 177 Nm (130 ftlbf) at 4250 rpm

4B11 Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 2.0 L (1998 cc)
Bore 86 mm
Stroke 86 mm
Compression ratio 10:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 108-114 kW (147-155 PS) at 6000 rpm
Peak torque 198 Nm (146 ftlbf) at 4250 rpm

Mitsubishi Lancer GT 2.0

Engine:
Code 4B11
Type 2.0-litre 16-valve DOHC MIVEC
Displacement (cc) 1,998
Fuel supply equipment ECI-MULTI (Electronically controlled multi-point fuel injection)
Max. output (EEC Net) - kW(PS) / rpm 114 (155)/6,000
Max. torque (EEC Net) - N-m(kg-m) / rpm 199 (20.3)/4,250

Semenanjung Malaysia

Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Sabah/Sarawak

Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999

Langkawi

Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999

***rujukan (http://myfitri.com/informasi/proton-inspira-memang-mengancam/
http://zmweblog.blogspot.com/2010/11/inspirainspirasi-malaysia.html
http://paultan.org/topics/cars/proton-inspira/
http://myiq.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=146:proton-inspira-mitsubishi-lancer-&catid=18:blog&Itemid=27)
....nt nak pegi test drive lancer..:p

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...