instagram

Thursday, November 25, 2010

Amalan buat ibu-ibu yg mengandung..

salam...kali ni rasa macam nak sharing sikit2 info apakah makanan2 yg sesuai untuk ibu mengandung dan amalan baik yg bole dilakukan dan dipraktikkan..kebanyakan yg saya senaraikan ni ialah apa yg telah saya praktikkan mase mengandung dulu...

a) Bykkan makan sayuran dan buah-buahan- terutama yg byk vitamin c, kerana memudahkan penyerapan asid folik..

b) Makan nasi dan roti/bijirin - ni mkn ikut keperluan la, saya makan nasi la setiap hari semasa mengandung.

c) Protein cth ikan,ayam daging dan makanan laut - saya byk ambil ikan sewaktu mengandung sbb saya mempunyai alahan pada ayam dan daging.

d) Byk minum air putih- sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

e) Byk minum air jus buah-buahan- setiap hari saya pastikan saya ambil satu jus buahan seperti limau atau epal.

f) Minum air soya - tambahkan susu badan.

g) Makan kismis dan kurma - saya ambl nie setiap hari tp tak bykla, ambil dlm jumlah sederhana.

h) Minum air madu lebah asli - saya rajin juga minum nie, sbb madu adalah 7 makanan terbaik dunia dan ada zat tersendiri dlm air madu ni. Kalau saya sakit2 contoh batuk, selsema, sakit perut saya akan ambil air madu ni sbg ubat.

i) Banyakkan baca al-quran, surah2 maryam, yusuf dan luqmanul-hakim..ada byk surah2 yg bole dipraktikkan
Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
- Membaca surah Yassin hingga akhir
- Membaca surah Al-Taubah hingga akhir
- Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.
- Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.
- Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar dan taat.
- Membaca surah An-Nahl, ayat 78
- Membaca surah Al-A'raf, ayat 189
(sumber: http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=34723)

j) Minum air kelapa muda- haha ni petua org tua2 la, katanya kalo minum air ni mudah nak bersalin dan kulit anak akan lembut.

k) Buat byk senaman yg bersesuaian untuk ibu mengandung..contohnya senaman ketuk ketampi..selalu tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan..selalu la berjalan-jalan dan jgn asik duduk2 saja, senaman jalan2 ni sesuai untuk bg kita aktif sikit dan mudahkan proses bersalin.

l) minum air kacip patimah - ni petua org tua2..dan saya tak pula cuba, tak tau berkesan atau tak..tp bolela kan nak cuba kan..

m) Kurangkan atau jauhi kafein ketika diawal kehamilan. Ditakuti akan menyebabkan kepada keguguran. Bole diambil dgn kadar yg amat sedikit selepas trimester kedua kehamilan. Kafein juga mampu mengurangkan penyerapan asid folik.

n) Ambil supplimen dan vitamin..cth, asid folik, kalsium, vitamin C dan fish oil..
info- asid folik amat penting dlm tumbesaran otak, dan saraf bayi, apa yg ditakutkan ialah kekurangannya akan menyumbang kepada kecacatan bayi. Kepada ibu2 mengandung diluar sana, pastikan asid folik yg diambil cukup. Makanan yg tinggi asik folik adalah barli, daging lembu, ikan salmon, tuna, gandum, bijirin, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, buah kurma dan sayuran berdaun hijau. 

Fish oil (Omega 3 Fish Oil) adalah untuk pembentukkan otak bayi pada trimester ketiga kehamilan. Sepanjang kehamilan saya ambil obimin, asid folik dan Halagel Omega 3 Fish Oil.

o) Minum susu anmum Materna..byk khasiatnya minum susu nie..minum hari2 tau..jgn skip pon..;p

selamat mencuba :) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...