instagram

Tuesday, December 10, 2013

Pati Prun Nur Kasih

salam all :)
kali ni saya nak share tentang satu produk pati prune selain inner shine iaitu pati prun Nur kasih :)
banyak khasiat pati prun ni ..
antaranya ialah merupakan Antioksidan, membantu tubuh melambatkan kesan penuaan dan mempertingkatkan kejelitaan dalaman dan luaran..
oleh kerana harga yang lebih murah dari inner shine..bolela tukar kepada yang ni pulak kan..apa salahnya hehe ;p



Tidur tidak nyenyak walaupun letih? Tahukan anda bahawa rumusan penting di dalam #patiprun iaitu anti oxidant boleh membantu melepaskan enzyme berlebihan agar anda boleh tidur dengan nyenyak.



Wednesday, December 4, 2013

Magis

salam all :)
my new collection..
saya peminat tegar RAM..
Tapi bukan semua buku la..
so Magis adalah buku baru beliau..
jom baca:)

Sinopsis
Fenomena Halo telah mengheret 5 manusia yang berlainan tempat & berbeza tahun ke sebuah dunia magis.Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis.Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban - satu-satunya manusia penjaga masjid.Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombirou yang kini berwajah manusia & tampan,jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.
Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur.Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka.Namun di antara mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor mahkluk gagah dipanggil Tuan Turak-pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.
Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan(asap tebal), maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi.Mereka bertempur sampai mati!


Tuesday, December 3, 2013

Thistle Hotel and Resort PD - family day

salam all :)
sabtu dan ahad lepas ada family day opis En.J ..
saya dan nely tumpang sekaki memeriahkan acara..
hehe..
kata family kan, so kene la bawak family semua..:)

berlangsung di Thistle PD..2 hari satu malam sahaja..
pagi2 dah bertolak,sampai sana area pukul 11 macam tu..
ada sarapan meehun goreng dan kuih muih..

dah sampai terus register dan amek door gift..
door gift yang best tu lupa pulak nak ambil gambar, nantila saya letakkan kemudian..
dah amek door gift, amek gambar pulak ala2 pirates of the caribean sebab itulah temanya..;p
malas pulak nak suro photographer snapkan guna kamera besar gabak saya..
semua pun malas sejak2 mengandung ni..haih (salahkan mengandung plak ;p)

lepas amek gambar semua selesai..
isi perut makan tngahari..
mostly makanan bole dikategorikan sedapla..cuma daging kambing tu agak berbau sikit..
lain2 pada saya ok..
kek sungguh sedap..rasa nak tapau bawak masuk bilik..tapi tak malukah??;p

dah kenyang makan mari kita kuarkan peluh dengan main alat muzik ala2 samba kata moderator mat saleh kepala botak itu..
mak tak kuasa nak main..sebab??..malas lagi ;p
kumpulan dibahagiakan kepada oren, ijau, dan kuning..

malam dinner.. saya langsung x ambil gambar..
ahhaha..
sebab..malas dan letih ..nely pun dah tidur sebenarnya..
sambil ribakan dia..lagila bertambah x larat..
sudahnya malam tu..
acara belom habes..
saya dah ke bilik tidur..hehe ;p

rexeki malam tu..
En.J dapat cabutan bertuah periuk nasik kecik comei cuma bole masak satu pot nasi..
serius comei..;)

keesokan pagi..
sarapan disediakan..
dan jalan2 di pantai melenggang kangkung sambil2 cecah kaki kat air laut..
nely tak sah kalo tak mandi kolam..
mandi la kolam sampai lebam..
tapi kolam kat Thistle hotel ni mmg puas hati sebab sangatla besaq ..
bilik juga baik dan servis juga adalah bagus..
oleh kerana percutian ini ditaja..
maka ia sangatlah best.;p




akhir sekali gambar tuan tanah yang dan masuk 23 minggu :)
bye n takecare!:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...