instagram

Sunday, March 24, 2013

admitted - masuk darah

salam all :)
sy selamat admitted..
hospital columbia asia bukit rimau..
surgery pada 26hb..
doakan sy baik2 semuanya..

Friday, March 22, 2013

selamat hari lahir untuk saya..

salam all :)

hari ni..
hari lahir saya..
selamat hari lahir untuk saya..

umur saya beranjak setahun lagi..
maknanya sudah 29 tahun..
tidak sesuai dikata muda belia lagi..

banyak lagi yang perlu dipertingkatkan dalam idup..
banyak yg perlu diperbaiki..
terima kasih Allah s.w.t atas kurniaan dan rezeki dari-Mu
jadikanlah aku manusia yg sentiasa bersyukur..

.................

saya hantar mesej begini pagi tadi pada ibu saya..

hari ni besday saya..
setahun lagi umur berganjak mendekati mati..
terima kasih sebab kamu lahirkan saya 29 tahun lalu dan menjaga saya sehingga saya berjaya kini..
dan masih lagi menjaga saya walopun saya dah berkahwin..
jasa kamu saya x mampu balas..saya tahu betapa perit dan susahnya menjadi seorang ibu, apatah lagi ibu yang baik seperti kamu..
saya x tahu samada saya mampu atau tidak menjadi ibu yang baik seperti itu ..
ampunkan salah saya..
saya bersyukur Allah s.w.t masih pinjamkan kamu kepada saya untuk saya terus merasai kasih seorang ibu..

......

air mata saya mengalir..

hikmah..


Thursday, March 21, 2013

tentang sakit saya

salam all :)

kelmarin saya berjumpa docter..
sambil2 intai fibroid saya kat dalam..
masih dlm kebesaran 6cm..

keputusan dibuat..
dan saya akan jalani pembedahan..
selasa 26hb March 2013..8.30 pagi..
pada yang membaca..
doakan saya selamat..

dan esok..
usia saya bertambah setahun lagi..
selamat hari lahir buat saya..
semoga saya jadi lebih matang..
lebih berotak..

semoga Allah ampuni dosa2 saya yang lalu..
semoga pembedahan saya dipermudah..
pada yang membaca..
ampunkan salah saya..
terkasar bahasa saya..
keterlanjuran saya..
dan ketidakmatangan saya..

saya bukan nabi yg ada sifat maksum..
saya manusia biasa yang sentiasa leka dengan dunia..
saya manusia biasa yang sentiasa buat salah pada manusia..
saya manusia biasa yang bertatih mencari redha ilahi..
saya manusia biasa yang kadang2 terlupa mensyukuri nikmat yang diberi..

semoga sakit dan dugaan yang diberi ini..
buat saya sentiasa beringat..
idup x semudah yang disangka..
idup x seindah yang diharapkan..

sakit itu penghapus dosa..
saya redha..

Friday, March 15, 2013

santapan minda hari jumaat

APABILA CERAMAH MOTIVASI MULA MEREPEK
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Apabila jenama ‘Islam’ itu laris, ramai orang menggunakannya. Samada mereka itu ikhlas kerana Allah, ataupun kerana ‘market demand’ hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Bermula dari pelbagai produk makanan dan barangan cuba dikaitkan dengan agama sehingga kepada pelbagai jenis motivasi. Akhirnya, agama kelihatan murah dan selekeh.

Ubat-ubatan yang entah apa-apa kualitinya dikaitkan kononnya makanan Nabi s.a.w. Sama seperti sesetengah para penjual tamar di Mekah dan Madinah yang apabila melihat orang asing akan berteriak memanggil pembeli dengan menyebut “Tamar Nabi! Tamar Nabi! Tamar Nabi!” Saya sering menjawab mereka dengan berkata: Tamar Nabi s.a.w baginda sudah pun makan dan habis pada zaman tersebut. Ini tamar awak punya, bukan Nabi s.a.w punya!

Malangnya, orang-orang yang tidak tahu akan tertipu lalu membeli tamar dengan harga berlipat kali ganda hanya disebabkan laungan ‘tamar Nabi s.a.w’. Agama sering menjadi alat penipuan dan kepentingan golongan yang pandai mengeksplotasikannya.

Ahli Motivasi

Saya tidak menyatakan semua, tapi sesetengah penceramah motivasi yang tidak mendalami agama juga demikian. Oleh kerana ceramah merupakan pendapatan utama ataupun besar bagi sesetengah pihak, maka mereka mencari jalan untuk memenuhi ‘market demand’. Apabila mereka melihat unsur agama mendapat sambutan, maka mereka pun memasukkan unsur agama dalam ceramah-ceramah mereka. Malangnya, mereka mula ‘merepek’ ataupun mengada-adakan atas nama agama apa yang tiada asas dari al-Quran dan al-Sunnah.

Contohnya, ada yang menyatakan kita sebelum tidur hendaklah memohon maaf kepada semua kenalan. Jika Islam mewajibkan hal yang seperti ini, tentulah sukar bagi para sahabat yang pada zaman mereka tiada sms, telefon, whatsapp ataupun apa sahaja teknologi seperti hari ini. Islam menyuruh kita memohon maaf apabila kita melakukan kesalahan, bukan setiap kali hendak tidur. Pandangan motivasi seperti itu sekadar mengkayakan syarikat-syarikat telekomunikasi sahaja.

Ada pula yang menyuruh isteri sentiasa memohon agar suami menghalalkan makan dan minum yang diberikan. Ini adalah kedangkalan faham terhadap hukum syarak. Suami diwajibkan syarak memberikan isteri dan anak-anak makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Jika suami gagal memenuhi hal ini tanpa sebab yang sah maka dia berdosa di sisi Allah. Jika gagal, suami yang sepatutnya meminta maaf kepada isteri dan anak-anak. Lihat arahan Allah kepada suami yang menceraikan isteri : (maksudnya)

“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idah) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu), dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upah; dan berundinglah antara kamu (dalam hal penyusuan) dengan cara yang baik, dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu (suami) memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadaNya. (Ingatlah) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”(Surah al-Talaq: 6-7)

Hatta dalam edah dan selepas bercerai pun masih ada tanggungjawab suami. Inikan pula semasa perkahwinan masih berjalan. Firman Allah lagi: (maksudnya)

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..” (Surah al-Baqarah: 233).

Walaupun majoriti ulama berpendapat ibu hanya disunatkan ataupun digalakkan menyusukan anaknya, namun mereka tetap berpendapat jika tiada siapa selain ibu yang dapat menyusukan anaknya, maka menjadi wajib ke atas ibu untuk menyusu. (lihat: Wahbah al-Zuhaili, al-Tafsir al-Munir, 2/360. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir 1991).

Salah Faham

Justeru, anak memang wajib berbuat baik dan menghormati ibu, tetapi dalam Islam tiada ungkapan kena meminta halal susu ibu yang telah kita minum. Sebaliknya, jika seseorang ibu meninggalkan anak tanpa susuan dan tiada gentian yang selayaknya, maka ibu itu berdosa. Demikian isteri tidak perlu meminta halal dari suami kerana itu adalah tanggungjawab yang Allah fardukan ke atas suami. Hanya isteri memohon maaf jika dia gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Nabi s.a.w mengingatkan suami dan bapa dengan sabda baginda:

“Seseorang cukup berdosa dengan dia cuai terhadap sesiapa yang menjadi tanggungjawabnya untuk memberi makan”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf hasan).

Pendapat-pendapat seperti itu meletakkan isteri dalam keadaan bersalah kerana memakan nafkah yang suami berikan sehingga kena meminta halal. Malangnya, kurang ditekankan tanggungjawab suami terhadap keluarga. Ini memberikan persepsi yang salah tentang Islam. Juga menjadikan suami sering rasa tidak bersalah atau kurang bersalah atas kecuaiannya.

Ini diwarisi sehingga dalam politik di mana rakyat sentiasa dianggap bersalah sehingga terpaksa akur apa sahaja yang dilakukan oleh penguasa disebabkan pemberian ataupun kemudahan infrastruktur yang diberikan ataupun disediakan oleh kerajaan. Tanpa mengingatkan itu adalah tanggungjawab penguasa yang jika mereka cuai mereka berdosa.

Nafkah Haram?

Ada pula penceramah motivasi yang menyatakan anak-anak yang tidak cemerlang belajar disebabkan sumber wang pendapat bapa itu tidak halal. Isteri dianggap turut berdosa atas pendapatan haram suami. Kita bertanya, apa yang hendak mereka jawab mengenai anak-anak non-muslim yang cemerlang sedang ibubapa mungkin terlibat dengan riba dan seumpamanya. Dalam Islam, isteri-anak tidak bersalah atas kerja yang dibuat suami. Nafkah yang diberikan suami kepada isteri dan anak adalah halal diterima kerana itu tanggungjawab suami. Dosa hanya ditanggung oleh pihak suami sahaja jika wang itu diterimanya secara haram. Adapun isteri dan anak, mereka menerimanya secara halal kerana ia nafkah yang wajib.

Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:

“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).

Dalam riwayat al-Baihaqi,

Seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:

“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”.
(http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).

Ahli motivasi juga jangan lupa, wang yang diperolehi melalui motivasi yang tidak benar dan menggunakan nama Allah dan rasulNya secara salah juga termasuk dalam senarai yang haram.

Bacaan

Ada pula pakar motivasi mengeluarkan petua kononnya bacaan itu dan ini mendatang pelbagai khasiat. Ada yang kata baca fatihah untuk ibubapa setiap pagi mendatangkan rezeki. Padahal tiada bukti dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut kelebihan itu. Pemberi rezeki hanyalah Allah. Bilakah Allah menurunkan wahyu kepada mereka ini memberitahu jika manusia baca ayat-ayat ini DIA akan turunkan rezeki?!

Inilah yang al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ulas mengenai tipu daya iblis terhadap golongan wu’adz danqussas ataupun tukang cerita ini:


“…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsu hadis-hadis dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Bukan tujuan tulisan ini menghalang ahli-ahli motivasi bercakap agama, tetapi pastikan apa yang disebut itu berasas dan benar dari segi faktanya.

sumber : http://drmaza.com/home/?p=2349


Felda Residence Hot Springs Sg Klah, Sungkai Perak - Hot springs

salam all :)
entry akhir utk cuti2 malaysia ni..
lokasi kejadian adalah dalam kawasan hotspring..

kat pintu masuk kene beri tiket masuk..
dan bole terus masuk dan menghayati keindahan alam di dalamnya..
keindahan alam yg maha Esa pinjamkan seketika utk kita hayati..
bersyukur atas rexeki dan rahmat Allah s.w.t..

lokasi pertama ialah di kolam air suam..
nak kata panas memang tak panas..so saya beri nama kolam air suam..
sedap berendam di kala sejuk..:)
ada signboard cakap x bole berendam lebih dari setengah jam..
kalo lebih x tau apa jadi hehe..u ollss bole try kalo nak ;p

ada kolam kecil2 lagi kat dalam..
dan diberitahu suhu dalam kolam tersebut..
ada yg 35 degree dan ada yg 45 degree..
bole rendam kaki u olss selama mana yg suka..
tp kolam tu kecil sahaja..
kalo ramai org mungkin x selesa..





egg boiling..
telur disediakan dan dijual..bukan free dek non ye..
6 biji RM5 ..dah beli..letak dlm bekas yg disediakan dan rendamla dlm air panas tu..
untuk telur separuh masak..rendam 2 minit sudah..:)

private jakuzi pun ada disediakan..
sejam pada harga RM75..
tanya kat barder yg jaga situ..

dia cakap bole je masuk brapa org pun asal muat je..hehe
dan air panas dalam private jakuzi ni bole di kontrol mengikut tahap kepanasan yg diinginkan..
kalo tahan suhu 80degree..why not?;p


reflexology boardwalk..
ada air jugak sikit2 kat dalamnya..
panas2 suam..



kolam mandi kanak2 air sejuk..ada kat bahagian belakang dekat dengan villa..
keluasan nya..besar jugak..
memandangkan agak besar maka bila tidak ramai org..pak dan mak budak juga bole turut sama berendam..;p
ada kawasan dalam dan cetek..

berhadapan dengan kolam ada dijual makanan ringan..
air roti dan sebagainya..
tp pada pengamatan saya..kalo cuti skolah ramai giler org..ada kot dijual nasi campur..sebab kawasan dia mmg luas..


Thursday, March 14, 2013

bingkai kuning

dia sudah 3 tahun

Felda Residence Hot Springs Sg Klah, Sungkai Perak - meranti coffee house

salam all :)
edisi makan2 kat sini..x de choice melainkan coffee house yg sedia ada..
kalo nak mkn kat luar..betul2 kat pintu keluar hotel..ada kedai makan satu..
selain tu memang kene keluar makan kat luar..

dan saya dgn En.J ada jugak kuar pekan malam tu..sesaja jalan2 kot2 ada kedai best..
x de la sangat pun..ada kedai makan tomyam dan kedai mamak..tak jauh dari simpang keluar ke jalan besar..
kami check in pukul 3ptg..lepas rehat2 kejap dan mandi..
kami turun makan kat coffee house tu..
naseb baik sedap dan harga bole tahan..:)
dah la tengah kebulur tu..

singgah petronas isi minyak lupe pulak nak beli roti ke ape utk lapik perut..
sekali dah sampai bilik lapar ;p ishh ishhh
saya order nasi goreng kampung.. En.J order burger (tekak mat saleh mmg cenggitu ;p)
sedappp dan recommended..:)

sambil makan menghirup udara nyaman..
petang2 berangin je..




sarapan pagi juga di kafe yg sama..
sarapan pagi saya adalah meehun goreng dan En.J amek nasi lemak..
selain tu ada roti bakar..buah-buahan..sosej dan hash brown..
juga memuaskan hati..:)


pasni saya akan review tempat2 dalam hotspring..
termasuk boiling egg, kolam air panas, private jakuzi dan kolam tempat anak2 mandi manda..:)
takecare kawan2!!

Wednesday, March 13, 2013

Felda Residence Hot Springs Sg Klah, Sungkai Perak - perjalanan dan review penginapan

salam all :)
Jalan2 cuti2 mesia diteruskan ke destinasi seterusnya..(bunyi macam hebat kekdahnya ;p)
iaitu ke Felda Residence Hot Springs Sg. Klah..sungkai Perak..
bg nama penuh senang sebab nt ada pula yg bertanya..sungkai kat mana tu shark?
hehe..so jawapannya adalah di negeri Perak..:)

saya sebenarnya balik kampung bercuti adik saya bertunang..
adik bertunang hari sabtu..so ahad saya dah berangkat balik dan terus singgah disini..
sebelum tu saya dah awal2 booking bilik disini..
u ollsss bole booking kat web ni...http://reservations.directwithhotels.com

dari susur keluar bandar baharu...ambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke sungkai..
keluar tol sungkai..ambil kiri..terus je sampaila nampak signboard seperti di bawah..:)
senang je..
dari simpang jalan besar tu..9km nak masuk ke dalam..
bole tahan jauh..
hati2 u olss sebab jalan kecik je..
tapi jalan elok berturap..


dalam perjalanan masuk 9 km tu ..
akan jumpe kawasan perkampungan..
comel2 je rumah..:)
cantik kampungnya..

pastu barula sampai ke pintu gerbang seperti dibawah..:)
terus je masuk ke selamat datang tu dan belok kanan untuk ke Reception..
kalo u olss dah booking senang..bagi je IC..dan semua prosedur pemberian kunci dan tiket masuk akan di buat..

pada hemat saya..kawasan kat cni adalah sangat nyaman dan menyegarkan..
seriuss..
kebetulan pulak masa hari kami sampai tu..cuaca redup..x panas langsung..
angin sepoi2 bahasa..
kalo u olss tanya ai tempat yg best merehatkan jiwa yg kacau..mmg tempat mcm ni bagus selain di tepian pantai..seperti redang or tioman..:)

pemandangan cantik..kawasan bersih dijaga rapi..
mase saya kat jb nak ke legoland tu..saya x berapa excited sangat nak bercuti..
rasa biase2 je sbb mungkin suasana kat pekan..hotel tgh2 pekan..pening pala tgk bangunan serabut kan..
tapi berbeza kat cni or pantai..rasa lebih tenang..:)
yg penting harga penginapan jugak berpatutan RM180 termasuk sarapan pagi dan tiket masuk hotspring..yay!!



keluasan bilik adalah besar ok..
nak solat pun selesa..
baikla..pasni saya sambung pasal makanan dan kafe pulak..
bye!:)

adik saya bertunang - versi bergambar dan sarung cincin

salam all :)
entry bersambung..
sesi sarung cincin..

x berapa banyak gambar yg saya ambil..
tunggu gambar dari kemeraman la..;p
lebih cantikksss of kos..

pelamin saya suke..cantik pada pandangan saya..simple
sesi menyarungkan cincin..

gambar saya last sekali sebab gambar saya x banyak..tunggu gambar dari cameraman pulak..;p
perlu ke gambar saya banyak2??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...