instagram

Sunday, January 30, 2011

Zam-zam Arabic Restaurant..

salam :)
Hari ni makan tengahri di satu arabic restoren kat seksyen 9 shah alam (berhampiran Plaza Massalam :))
Makanan nya sedapla terutama chicken mandy, nasinya amat sedap dan ayam betul2 lembut..ayam tu posyen dier besar,separuh ayam dan kalo sesiapa yang tak makan terlalu banyak, bole share jgn bazir...;p

Untuk chicken kebab, sedap jugak tak macam chicken kebab kita kat mesia ni..lain sket..panjang2 then ada roti nan dengan sos tomato..air kopi turkish saya memang sedap tapi kecik je..(mana cukup ;p) Hummus plak macam pelik sket rasanya, makanan arab kan memang bukan selera kita la kot, sesuai untuk budak2 dan saya order ni untuk neli, makan dengan roti nan...

Alamat restoren nie..
1, Jalan Tengku Kompleks Oasis 9, Ampuan Zabedah G/G, Seksyen 9 40100 Shah Alam Selangor

the restaurant
the menu
chicken mandy RM 18..ayam dier besar giler..sebelah ayam ok!!
Hummus RM 8..dimakan dengan roti nan..dalam dier ada kacang kuda dan minyak zaitun
chicken kebab RM 18
Turkish coffee-cup RM 5
gambar tuan tanah wajib ada ;p
anak dan lakinya juga tidak ketinggalan ;p

Friday, January 28, 2011

Sekinchan Ikan Bakar :)

salam:)
wahhh hari2 makan lunch sedap2 gitu ;p
hari ni plak kat Sekinchan Ikan Bakar kat puchong, dekat amat dengan opis tempat saya bekerja:)
Satu yg saya nampak kekurangan restoran ni ialah tidak disediakan wifi, service yang agak lambat dan kene menunggu lebih dari setengah jam untuk menu yang kita order..mungkin lepas ni bole dipertingkat lagi mutu kerja restoren ni..
ikan bakar nyer sedap la...bolela kalo nak datang makan berkali-kali tapi pastikan perut tidak terlalu lapar sebab tempoh nak menunggu order memang lama ok..


the menu
ikan pari..kat atas tu plak ketam 100gm pari RM7.00
keropok..RM3.00
hiasan dalaman restoren
ikan keli RM 8.00
ikan pari RM 20.00..besar ikan ni dlm 300gm macam tu
ikan kembong RM 10.00
air asam dan sambal kicap
the bill..bukti pembelian ;p

the invitation card...

** tengss to calvin :)

Thursday, January 27, 2011

plan besday party untuk nely :)

salam :)
Sekejap je rasa bila rupa-rupanya nely sudah mahu menganjak ke usia setahun..cepat sungguh mase berlalu :)
minggu depan 3/2/2011..nely sudah berusia setahun...dan saya dgn en.J buat plan nak adakan besday party kecil-kecilan untuk nely,jemput jiran tetangga setaman je (setaman jgn ingat taman yg besaq tau,taman umah saya kicik jek ;p)..

Baru perasan kat opis saya baru bukak satu kedai menjual peralatan untuk majlis..dan yang pastinya semua peralatan untuk besday party ada..contoh belon,topi,banner,goody bag ada dan diorg ni juga sediakan perkhidmatan untuk merekabentuk tema untuk majlis...ada satu buku khas beserta sekali dengan bayaran :)
best..puas hati tengok..

Belon yg dijual plak ada dua jenis..satu yg jenis biasa dan satu lagi yang jenis ada gas helium yang bole terapung sendiri kat udara..best,cantik giler tengok kat siling kedai ni penuh dengan belon2 yang berbagai jenis dan berwarna warni :)belon jenis nie diorang sendiri akan pamkan udara ke dalam..dan bertahan sehingga 9 jam,kita tak payah susah2 nak tiup..hehe

antara beberapa checklist untuk besday party nely :)
1-kek besday
2-goody bag untuk kanak-kanak
3-makanan dan minuman untuk tetamu (masak sendiri je kot sebab buat yg simple2 je)
4-banner
5-invitation card

buku tema majlis..pilih je yang mana suka..ikut selera budget..
belon terapung..1 RM2.60
belon biasa
topi..ini kicik punya 1 RM0.70
macam-macam ada
bole letak dlm goody bag..semua ada dlm satu packaging,belon,topeng and etc RM3.50
box

Wednesday, January 26, 2011

Darabif Burger..

salam..:)
Today lunch dgn zaila,calvin dan kawan zaila namanya zana :)sangat peramah walopun baru kenal ihiksss :)
Kami makan kat DARABIF BURGER..IOI Mall Puchong..
Burger nyer agak sedap,bole tahanla..tak rugi kalo nak cuba..dagingnya tebal jugak..tak nipis sangat..(recommended)


beratur fries nye..;p
warna hijau dier nyer packaging
combo meal twin chicken RM12.90
combo meal maxi beef RM 12.90
combo meal hot chicken RM10.30
combo meal d'fish fillet RM9.90
drink come wif the set
**tiada gambar tuan tanah ;p

Monday, January 24, 2011

kelas ke-3..

salam :)
Mahu update sikit apa yang berlaku mase kat kelas sabtu lepas :)
Untuk susjek SYS705, baru dapat berjumpak dgn Dr.Fariza Hanis..lecturer sebenar kelas kami..kalo tak asik menumpang dgn kelas Dr.Adilah je ;p kelas jadi pack sebab 2 kelas digabungkan bersama..
Cara pengajaran juga menarik sebab pendekatan lebih kepada ibu2 yg sangat menyayangi anak-anaknyer..(sukerr ;p)lembut dan berhemah kekdahnya ..

SYS706..Dr.Ariza..macam biase, kelas dier adalah yg the best..cara pendekatan yg menggunakan banyak analogi memudahkan kami student2 untuk paham apa yang cuba disampaikan..dan kelas dier sangat tidak mengantok hokey!! sbb? sbb byk sgt soklan yang ditanya dan kami sekelas kene bagi jawapan..nan adoo sempat nak pejam mata yer..nak nak plak tuan tanah ni dok barisan jemaah paling hadapan kan..;p maka tak mungkin la plak bole tidur..haha ;p satu yang best pasal Dr.Ariza sebab dier memang lama berada dalam industri sebelom bergelar pensyarah..jadi ilmu kat alam pekerjaan dier sgt membantu dlm pengajaran sebab contoh2 yang dier bagi adalah realistik dalam alam pekerjaan..mudah paham untuk kami2 yg memang bekerja dlm industri IT kan..;p

Untuk subjek web engineering...kelas hanyalah seadanya..sebab kelas jugak telah dikecikkan dan dibahagikan kepada dua kumpulan..saya kumpulan kedua di sebelah petang..:)Untuk projek kelas jugak, team leader juga kene lantik yg baru sebab yang lama telah ke sesi pagi..skop projek jugak telah dikecikkan tp konsep masih sama..jadi,team leader yg baru ialah shaiful..:)analyst programmer in PHP..sebidang dengan mak la ;p

project manager baru :) shaiful..
tuan tanah punya kawan2 baik..;p
bukan mahu menunjukkan kasut..tuan tanah hanya bosan..tiada sebarang niat lain
tuan tanah bersama kawan yg sama2 mengantuk mase kelas..**yawn**
tuan tanah yg masih mahu berposing walopun mahu pulang..
**tengsss man sebab sudi mahu jadi kuli kami amek gamboo!!;p

Saturday, January 22, 2011

the PS3..

salam :)
Bukan saya yang shoping ini barang (sebab saya tak la suka main game pon ;p)
En.J yang shoping nie..detailnya ada kat bawah..lokasi pembelian termasuk dengan harga sekali :)

PS3 5TH edition
dapat ini game free..
the price
beli kat cni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...